Dapat email dari rakan bekas serumah sewa dulu...(--"), mm mungkin kesusahan yang dihadapi disebabkan faktor itu tika diri terlalu leka, moga sentiasa diperingati...
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya?..
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar
amalan sembahyang kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga. Jika sembahyang di
awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol
tiada "tiada jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah. Untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya, MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita,kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat
kita, minta diberi laluan. Tetapi? penjaga langit pertama tidak heran dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka.. jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita, satu persatu dikutip. Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Di langit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi malaikat kita. Tak dipedulinya. Lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi jatuh berderai lagi. Dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada
Allah. Di langit ketiga, Laaaa? Kena basuh lagi
malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Takde nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi. Maka, tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah kita tak sembahyang juga. Maka, bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula. Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa....Ish?. dahlah tak de nilai.. kena azab lagi nanti
Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami, cintakan sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia. Agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.
SEMOGA KITA TIDAK MELEWAT2KAN SEMBAHYANG KITA,,,AAMIIIN,,, ^_^
Original message from NUDZUL