Tadi terbaca tentang satu artikel berkisahkan lelaki kelantan, kalau lelaki kelantan baca tak tahulah macam mana pula reaksinya, teringat akan kelas lecturer yang asalnya dari Johor tika degree dulu, mengatakan bahawa lelaki kelantan kebanyakannya pemalas, kena boldkan...bukan mengiyakan dan juga bukan menidakkan kenyataan lecturer tersebut, ada juga betulnya!
Melalui pengalaman sendiri, ai mean pengalaman bahawa lelaki pemalas bekerja tak kisahlah dalam keluarga sendiri ke orang lain ke, macam ne je boleh cakap, ko kahwin nak, buat anak pandai, tapi nak suap anak bini makan, haprakk...goyang kaki, tidur, makan, hisap rokok ko tahu pulak!!pastu berlagak macam raja pulak, nak itu nak ini, demand lebih nak itu ini, tapi??eh, tetiba haku bengang nak cite pasal ne..haaha=p
Namun pendapat sendiri hanya segolongan sahaja yang begitu, mungkin disebabkan salasilah keluarga ada yang begitu, maka gen malas pun menurun kat anak..agaknyalah kan? Mak ayah selalu juga ingat kan supaya jangan tersalah pilih pasangan hidup, dapat yang pemalas macam tu, memang menanggung biawak hiduplah...bukan mengatakan bahawa terlalu memilih, namun bila seorang lelaki tak ada sifat kepimpinan dan tanggungjawab dalam diri, apa lagi yang mahu diharapkan? takat pandai buat anak semua orang pandai buat, tu part tanggungjawab tu, nak bagi nafkah makan minum, tempat tinggal kat anak bini, siapa nak tanggung? tu tak tambah lagi ngan perangai cam haram, kaki pukul, kaki perempuan, kaki penyangak ke hape.Kalau yang jenis kuat bekerja dan bertanggungjawab lain ceritalah pula. Gila emo cakap pasal neh...grrr
pic source:mayhemnetworks.net
Kebanyakkan orang kelantan suka berhijrah, alhamdulillah, sebab itu cakap lah ceruk mana, mesti ramai je komuniti yang berasal dari kelantan, bukan nak berbangga tapi itulah hakikatnya, disebabkan bertaburan nya orang kelantan kat mana-mana ceruk maka tidak hairan akan jumpa pelbagai ragam. Bagi saya sendiri, tak kisahlah asal dari mana pun, jantina apa, semua nya sama je, yang berbeza bagaimana kita di didik dan cara kita menjalani kehidupan, sekiranya sifat malas dan terlalu bergantung kepada orang lain, maka mungkin sifat begitu menjadi amalan sepanjang kehidupan.vice versa. Wallahu'alam..Itu hanya pendapat saya je lah kan, orang lain tak tahulah=0
note: Perut tidak selesa(T_T)