aishh...tak marah...cuma hangen sket, bukanlah pemandu terbaik dan cemerlang terbilang kat jalanan pun, kekadang pun alpa jugak..tapi kan kena lah jugak beringat kat jalan ne, jangan ingat jalan tu bapak ko punya sampai sesuka hati nak drive camne pun, kalau ko tak sayang nyawa sekalipun, ko janganlah libatkan orang pulak, ne nak ingatkan driver-driver kat 1malaysia ne,
satu, use ur signal in the right place and in the right time...bukan susah pun, ko nak masuk kiri, ko bagi signal ke kiri, vice versa..dan jangan time tu jugak ko nak belok masuk simpang, time tu jugak ko bagi signal...tak ke terkujat terkejut orang belakang, takpun ko tak guna langsung lampu signal tu, agaknya nak simpan buat masak lemak lah ye..
pic source: onesparklingstar.blogspot.com
dua, jarakkan kereta anda pada jarak yang sepatutnya, jangan bila orang brek emergency ko g cium bontot orang..tak ke sel otak tu boleh bagi derma kat lembu-lembu yang nak dikorbankan raya haji nanti..huh!dan yang lagi satu, tak boleh ke ko nak didik hati dan perasaan ko cuba bersabar sket, orang lain queue boleh je..ko??tahu plak ko nak mitak orang bagi jalan kat ko bila da potong queue macam tu..heeekkk you!!
dua pun cukuplah, sayangi orang tersayang ketika memandu okei..jangan "gadoh lorat" ore kelate oyap.. tak ke mana pun, lagi satu memang kelakar kan bila orang "gaduh lorat" ne memandu, bukan main lah potong kita, sekali jumpa kat traffic lite sama, sebab tak sempat nak pecut lampu da merah..wakaka=p..asal tak jalan je bro..kan "gaduh lorat" tadi..haha, tahu jugak sayang nyawa^_^..cukuplah kehilangan yang lalu akibat kecuaian orang lain..berhati-hati ye
note : semoga arwah adik sentiasa dicucuri rahmat Allah..