Pages

Pages

10.07.2010

::meluat ++ FB lagi::

okei sungguh meluat yeww membaca berita online, whatever!!mamposs korang la..erk??asal tetibe nak emo kan..haha, okei memang meluat!!nampaknya strategi yahudi laknatullah berjaya hanya melalui hujung jari.. untuk masa akan datang lagi jelas la kesannya, nanti tengoklah!!makin banyak ukhwah yang diporak-perandakan melalui FB, yeww!!!eh, tetiba plak nak anti nga FB ne kan??hoho..takdelah, sangat meluat baca berita kebelakangan ne, kebanyakannya berpunca dari FB, kena belasah sebab masuk akaun FB curi2, kena tikam sebab komen kat FB, oo what's hell of world la...so nampaknya memang berjayala kan yahudi nak hancur leburkan ukhuwah dan perpaduan orang islam melalui FB, sungguh simple dan cepat...okei meh kita kaji sket apa mission pengasas FB neh :-


"Facebook's mission is to give people the power to share and make the world more open and connected." memang simple, tapi fahamkah kita apa maksud yang tersirat, give people the power, kebanyakan point ne banyak disalahgunakan, kita rasa kita punya hak nak share kita punya perasaan,mm lebey kepada perasaan tak puas hati sebenarnya...so secara tak langsung kita memang terlalu invisible dalam apa jua perkara yang tak baik, secara tak langsung boleh mengundang perasaan tidak elok, atau pun perasaan dendam, lastly akan keluarlah news pasal gaduh-gaduh sebab FB, ugutan bunuh lam FB, or whatever sucks of statement..(okei, memang tahap geram)


point ke-dua, make world more open, okei yang ne satu, bila da ada FB neh, semua benda nak publish yew!! kalo bole pakaian dalam warna apa pun nak bagitau, i guess!!tapi memang ade pun, then every minute status publish to mention what he/she's doin'..perlu ke?? kadang2 really annoying okei, dan latest saya da jumpa bukti bahawa FB berpotensi meruntuhkan masjid, i mean rumahtangga yang dibina, saya sangat tak setuju dengan kenyataan kunun support, hey, we're all your friends, what's friends for sharelah, mane tahu bole tolong... okei, macam ne la, kenal benarkah dengan kawan anda tu? seramai-ramai kawan lam list tu?? guna pepatah rambut sama hitam, hati pula tak siapa yang tahu, hei, bukan nak suruh berprasangka buruk okei, tapi berhati-hatilah!! kita tak pernah tahu siapa yang tak senang dengan kita, dalam baik membantu mungkin ada agenda lain, dalam baik memberi pendapat berniat   untuk menyusahkan kita, menimbulkan sesuatu yang kurang baik, membatu apikan kita..who know's??hoho...


point ketiga, make people connected ..mm, baguslah!yang da bertahun-tahun, berbelas-belas tahun tak jumpa, jumpa kat FB..tapi beringatlah dalam connected tu ada bahaya, musuh dalam selimut!!hoho...hei, paranoid ke hape??okei..dalam dunia yang serba canggih ne, perlula beringat sangat yeww!!manage well  okei! selagi kat atas dunia yang ilusi neh, hidup takkan selamat kecuali sesiapa yang betul-betul beramanah dan berpegang dengan al-quran dan sunnah, jangan tertipu dengan duniawi, owh, peringatan itu untuk saya...


okei, sangat tak suka dengan kenyataan macam ne,  "okei ko tak payah la nak mentarbiah orang, ko ingat ko tu baik sangat", beginilah selagi kita bergelar hamba Allah kita wajib saling ingat mengingati sesama lain, islam menggalakkan kita menjaga tepi kain orang untuk ke arah kebaikan. google sket dapat ayat ne...


“Dan hendaklah ada sebahagian di kalangan kamu yang menyeru ke arah kebaikan dan mengarah ke arah ma’ruf serta mencegah yang mungkar dan mereka inilah golongan yang beroleh kejayaan.” (Surah Ali Imran : 104)

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan di tengah-tengah masyarakat manusia untuk mengajak mereka ke arah yang ma’ruf dan mencegah mereka dari yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah S.W.T.” (Surah Ali Imran : 110)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah mencegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan lisan, sekiranya tidak mampu hendaklah dengan hati. Ini adalah selemah-lemah iman”.



so kesimpulannya, adalah lebih baik sebelum kita memikirkan orang lain, kita fikirkan dan cermin dulu diri sendiri. Sebelum mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dan sebelum memberi ilmu kepada orang lain, pastikan diri kita lebih berilmu.

Ketika fikiran lebih tertumpu kepada orang lain hingga mengabaikan diri sendiri, maka semua yang kita lakukan tidak akan berfaedah, bahkan boleh merugikan diri sendiri umpama dian yang membakar diri untuk menerangi orang lain.



note : peringatan khas untuk miss greenapel & mr.azham (pss saya terjemah balik ceramah haritu..)hehe, harap kita sama-sama beringat yeww sayang...