Pages

Pages

9.18.2010

::eidulfitri story::

alhamdulillah, tahun ini masih diberi kesempatan untuk meraikan hari raya dengan orang-orang disayangi, even tak cukup korum sebab c'la kesayangan tak balik beraya kat sabah, raya tetap raya, kemeriahan tetap ade, insyaallah next raya didoakan semua dapat berkumpul lagi..bagi saya raya amat sinonim dengan roti jala...mana tak nya, sehari sebelum raya da bertungkus lumus dengan roti jala, begitu juga malam raya masih juga mengadap roti jala, dan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti tambahan roti jala secara tiba-tiba, atau tempahan yang dibuat untuk raya kedua diambil pada hari raya pertama jugak, makanya pada hari raya tu jugakla dop mengadap lirai roti jala..huhu, sungguh sadis..apa nak buat bukan nya selalu, 2 tahun sekali je macam tu, pepun sayang mak minah banyak2 sebab buatkan kuah sarawak tuk roti jala yang saya idam-idamkan tika bulan ramadhan hari tu, even makan tak banyak sebab da penuh isi perut kat banyak2 rumah, saya puas hati^_^
pic source; corbisimages.com
apapun, raya tahun ne banyak sungguh makanan..erk??bukan!!banyak sungguh saya makan..huhu, timbangan nek mendadak, okei yang tu tunggu post special, pakej sekali nga tips diet..hehe, first raya macam biasa berjalan2 dan ziarah menziarah saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya..makan sana, makan sini, makan sinun..sume nak try, sume nak makan, yang penting sume sedap..hehe, tu lagi ke'istimewaan' raya..bagoss kan??saya suka!


dan seharian menghabiskan tenaga jalan-jalan raya, wajiblah pula menghabiskan tenaga pada waktu malam nya untuk sediakan juadah open house raya ke-2, so tak cukup tito tu haruslah kan, siapkan apa yang patut, apepun puas hati even nak buat tu ase leceh, tapi memang puas hati sebabnya sume licin..hehe..dan malam nya sambung plak g buat roti jala tuk tempahan raya ke-2, da takde tenaga kerja, seb bek 3 dara neh masih free dan masih bertenaga..heheh(^_^).. balik rumah kemas rumah, basuh pinggan, basuh rumah,eh!terlebih pulak, kemasla apa yang patut...so raya sinonim jugak nga tak cukup tito..hehhe


apae pun raya tahun ne meriah juga sama dengan tahun2 sebelum..yang penting ukhuwah antara saudara mara, jiran tetangga, sahabat2 makin bertambah erat..aminn