Pages

Pages

9.04.2010

::ceritera ramadhan~2nd series::

okei semalam adalah hari yang sangat HOt yee..sebabnya semalam adalah pengalaman yang amat2 manis dan shweet serta cute mute dan segala-gala yang comel belaka berlaku semalam..huhu...

planning tuk berjalan2 serta shopim dijalan TAR adalah merupakan acara yang amat julung2 kali berlaku ye, makanya saya bersama cik eni dan cik salihah meneruskan perancangan tersebut dengan perasaan ceria dan kanak2 ribena sekali, usai sudah muslimin solat jumaat, kami bertiga keluar ke sec.2 untuk menunggu rapidKL ke komuter, makanya dengan haba2 yang amat panas serta tanpa angin sepoi2 bahasa, menunggulah kami dengan penuh kesabaran di bus stop sana, dengan muka GLEE dan excitednya tuk bershopim sakan, hoho, 'hati riang gembira', tunggu....tunggu...dan tunggu 

cik eni : mane la pak cik bas ne, tensen!!
cik salihah : malas da nak tengok bas yang datang, asek2 bas yang lain datang, bas yang ditunggu tak kunjung tibe, frust!!
cik ika : sabar ye, sabar!t bas tu sampai saya kan tanya apa masalahnye yang lama sangat ne (dengan muka tak puas hati tapi tetap ceria)

makanya hampir sejam setengah menunggu, bas yang ditunggu menampak kan dirinya jua...hoho, agak gembira juga even mood da sedikit takde..maka kami pom naik bas dengan muka yang excited terlebey..

cik eni :akhirnya...
cik salihah : mmm...lama betul menunggu, penuh lak tu bas nya
cik ika : (menyapa pak cik bas tu dengan muka yang sungguh tomei sekali dan dengan confident sekali) mmm...pak cik samad, nape bas arini cepat dan express sangat?sekejap betol kami tunggu adala kat sejam setengah,
pak cik driver : mm, biasala dik bulan2 pose nak jugak rest
kami bertiga : menggangguk setuju, maka berdirilah kami dengan gembira sekali

baru gerak lam 15 minit dan berhenti di bus stop kedua..bunyi sesuatu yang amat menggerunkan...boomm, gebdebohh,bhooohh..kehek2..senyap terus!!

kami bertiga..ooo, bukan!!!semua yang dalam bas tu terpinga-pinga dan terkesima dengan kejadian yang tidak terduga itu..hoho BAS MAMPOS!!

kami tersenyum bangga..hoho, bagus!!sambil memberi give me five antara satu sama lain sambil tersenyum..

pak cik driver : turun stat enjin ikut belakang, tapi takde respon
cik eni : ika banyak ke uat biskut raya tahun ne ?(cubaan tuk menceriakan keadaan)
cik ika : tak banyak, banyak tunjuk jek..hehe
cik salihah : asal biskut makmur ade sudah, da boleh beraya da..hee

keadaan sesak mula beransur aman damai setelah kebanyakan penumpang mengambil inisiatif naik teksi dan bas owlskool..namun kami bertiga tetap begitu~~tidak putus asa menunggu pak cik samad menghidupkan enjin bas.

setelah beberapa lama menunggu, tiada juga bunyi harapan dari enjin bas makanya kami bertiga turun dari bas dan cuba menyoal siasat pak cik samad apa sebenarnya masalah yang sedang dialami...

kami : nape pak cik?enjin rosak ke?
pak cik samad : ha'ah dik, pak cik tak reti sangat nak handle masalah cam gini
kami : oo...tu yang express tadi tu ye, sampaikan kami tunggu sejam setengah, baguslah bas ne pak cik ye!kami memuji akan kesungguhan bas dan pak cik tadi
pak cik samad : tersenyum bangga dan meng'iya'kan
kami : so macam mane ne pak cik??solutionnye?
pak cik samad : dun worry, pasne ade limousine datang amik kamu dan saki baki yang tinggal neh
kami : terima kasih la pak cik bersusah payah je, kalo tak menunggu lelama serta bersesak2 dan tak rosak ditengah2 perjalanan bukanlah pengangkutan awam namanye kan, haruslah begitukan??pak cik itu meng'iyakan' ..dan kami tersenyum puas sambil menanti limousine yang diuar-uarkan itu...

tak lama kemudian, sampai juga limousine panjang dengan driver beruniform lengkap rapidKLtersenyum menjemput kami dan menghantar kami kedestinasi yang seterusnya..stesen Komuter sec.17..usai amik tiket dan 15minit menunggu, maka datanglah gerabak sardin cap RapidKL tu, maka kami pom menjoinkan diri untuk menjadi sardin selama sejam..sungguh seronok apabila bercampur gaul dengan hidupan laut lain, bermacam rupa dan warna, pengalaman sebegitu akan menjadi kenangan kami..yeayy!!

dan setelah kaki-kaki persis model ini berdiri tanpa putus asa, dengan gaya ala2 askar buat perbarisan makanya sampai jugaklah kat KLsental yang agak sempoi tu, dan semestinya urusan Allah kami selesaikan dahulu, namun begitu, didalam surau yang teramat luas dan lapang itu, ada juga hamba Allah yang tidak tahu menghormati orang yang mendirikan solat, boleh pulak melayan cerita di Youtube sambil kaki terbongkang dan terlunjur sambil mengekek2 diruang yang amat terhad itu, dengan orang terlampau "sedikit" itu bole pulak buat macam dop rumah sendiri, sabar jela..okei..

namun perasaan membuak2 tuk berjalan2 serta bersiar2 dan bershopim dijalan TAR masih sedikit ada even tapak kaki rasa suda sedikit kebas dan berdenyut2..hoho, perjalanan yang manis itu diteruskan jua, selepas menjadi sardin tuk kesekian kalinya makanya sampai jua di masjid Jamek itu, makanya kaki dilangkah dengan penuh excited..jalan kiri, jalan kanan semua gerai2 dijenguk ditengah2 kesesakan tersebut dan akhirnye barangan raya berjaya dibeli..hoho, jam menunjukkan hampir sejam lagi tuk berbuka puasa dan kami tidak melengah2kan masa dengan segera menuju ke stesen tuk menjadi sardin menuju ke Kg.Baru...

p/s: sedap sehingga menjilat jari..hoho,gembira mengadap hidangan..

dan alhamdulillah sesampainye kami, tidaklah begitu lama menunggu tuk berbuka puasa..hehe, tq kepada penaja juadah berbuka puasa pada hari yang sweet itu..anyway, pas buka, tunaikan solat makanya dengan kaki yang belom hilang lagi lenguhnya terpaksa jua digagahkan untuk balik s/alam..sementelah berjalan kaki menuju ke stesen kat Kg.Baru tu, nama ku yang shantekk lagi shomell ini dipanggil...mendebarkan!!

atikah!!Atikah!! saya terkejut, gerangan siapa yang mengenali ku sebegitu rupa tanpa bersalah memanggil nama penuh ku...hoho, terkejut dan spontan ternampak kakak saya dimeja makan sebuah restoran..haha, what a small world, dan aku apalagi, "O.M.A!!bakpo boleh jupo kakok aku sini ne?!!sapa saya penuh terkejut sambil memeluk dia, haha..sebesar2 KL bole secara kebetulan yang tak dirancang jumpa nga kakak saya..tak ke sungguh sweet, setelah beberapa minit menemubual, makanya kami bertiga secara terpaksa men"sardin"kan diri sekali lagi dalam gerabak yang sungguh efisien itu..

sampai nya dirumah, dengan tidak teragak2, kami pun mem'pengsan'kan diri..begitulah al-kisahnya 3 SepT 2010, sungguh cute okei the ending..selamat beramal!!(segala yang terlebey catatan adalah imaginasi semata-mata..huhu)