takut bila memikirkan hari yang mendatang penuh rahsia dan misteri
takut jugak memikirkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang dalam hidup,
tapi perasaan takut semacam itu usah difikirkan,
sebabnya ketakutan semacam itu seakan2 sia2,
takutkan mende yang belum lagi dilalui,
yang belum lagi wujud,
yang penting kita tempuhi dan jalani hidup pada hari ini sebaik mungkin,
dan juga sentiasa merancang yang terbaik tuk akan datang,
hanya Allah sahaja yang mampu memakbulkan apa yang kita rancang,
takut jugak memikirkan balasan Allah akan kemungkaran tenatang atas apa yang berlaku pada masa kini
(tibe2 plak keluar al-kisah ne, sebab da lama tahan nak tulis pasal isu2 semasa, terlampau banyak, terlampau2 semuanya, so kena tahan dari uat entri pasal2 berkenaan masa tengah panas, sebabnye untuk elak keluarnya ayat tidak senonoh dan tak sepatutnya akibat geram melampau..huhu)
u know what, saya amat terkesan dengan kes2 gejala sosial yang makin2 melampau,
sangat geram dengan segala macam kerenah manusia yang berlandaskan hawa nafsu
sungguh membenci golongan yang melakukan jenayah kejam terhadap nyawa yang tak berdosa
entah apa lagi nak yang dikatakan, terasa suda kehabisan ayat untuk mengutuk kekejaman manusia seperti mereka..
ya Allah, tidak takutkah mereka?owh saya hanya mampu berdoa mereka yang terlibat diberi peluang tuk bertaubat, hanya Allah yang mampu layak memberi hukuman,
sebagai sebahagian masyarakat, terasa amat terkilan dengan kes2 zina, buang anak, dan segala macam lagi kes yang tak senonoh lain semacam da jadi episod berangkai2 pulak ye..
kenapalah manusia ne, sering lupe akan segala pengajaran yang Allah turunkan pada umat zaman dahulukala,
usahkan dahulu kala, bencana dan bala disekeliling pada masa kini pun masih tidak dapat menyedarkan manusia yang bertuhankan nafsu..apakah menanti Allah bersihkan bumiNYA daripada maksiat seperti tsunami dahulu?bukankah suda terlambat tika itu..
apa yang berlaku sekarang atas ceteknya ilmu agama, terlampau banyak hiburan, dan juga terikut2 gaya hidup barat, dan yang penting kes sosial yang berlaku seakan2 mendapat keizinan...tiada hukuman yang mampu menakutkan mereka untuk terjerumus kelembah hina itu,
sungguh memualkan, anak2 remaja sudah tahu mengamalkan seks bebas ketika masih dibangku sekolah
sungguh menjijikkan anak2 remaja menyalah gunakan erti cinta dengan menyamakannya dengan nafsu binatang (huhu..kan da kuar word yang tak sepatutnya)..
sungguh tidak adil menyalahkan mereka 100%, mereka hanya remaja yang mencari tujuan hidup yang sebenar namun tersasar tanpa panduan..
siapa yang sepatutnya dipersalahkan?semua orang terlibat okei, takleh tunding2 jari antara satu sama lain..
sungguh tidak berperikemanusiaan hasil zina dibuang seperti sampah, tidak dapat memaafkan perbuatan mereka, beku sudah ke hati perasaan mereka?..huhu
nau'zubillah semoga Allah sentiasa melindungi ku dari segala perkara2 mazmumah, amin..