Pages

Pages

6.24.2010

::membaca itu bagus!!::

yup, membaca memang bagus, saya dapat tau apa yang saya tatau..dan saya dapat tambah ape yang sedia saya tahu..dulu, saya teramat sukakan penulis Dr. Hm. Tuah tu (sape yang tak suka akan Dr.Tuah kan?sume suka kan, Dr. tuah memang femes sebab bile baca tulisan nya akan berasa bertuah) dan sekarang tetap sama, saya sukakan tulisan nya, namun seorang lagi penulis yang tidak asing ditanah air malaysia ne Abd. Jalil Ali, saya suka tulisan beliau jugak, sebab santai dan mencakupi segala yang dilalui dalam menempuh hidup..tulisannya kadang-kadang uat saya tersenyum n gelak sensowang, kelakar dan sempoi..bahasanya mudah dan ringan..sungguh puas hati memiliki semua buku tulisannya (asam garam gula & kopi, kopi O tanpa gula, teh tarik kurang manis) hehe^_^

so, disebabkan saya yang obses shopim/ shopaholic..so majalah pun termasuk lam list shopim saya, tiap2 bulan fulus saya banyak habes jugak kat magazine n buku2 yang menarik hati n majalah yang tetap dalam langganan saya tentulah majalah Rapi, Harmoni, Pengantin, Solusi, Mingguan wanita & keluarga, n jugak at least buku2 berkaitan agama 2 bulan sekali (huff..so bile dikira2 balik memang banyak la saya abeskan fulus tuk majalah n buku, tu tak dikira nga mende2 alah yang len, kalo dop kat umah dulu majalah Midi tuk mak pom saya tak lupa nak belikan..hehe)..tapi takpe saya tak kisah, sebab berbaloi, bukan hanya gosip artis saja yang saya nak tahu, kalo boleh pengetahuan yang lain lebih2 lagi saya nak tahu..kan?sepatutnye camtula kan?hihi...(cam en.azham cakap kat saya, sengkek2 pom bole lagi cik ika membeli, haish!!sambil2 geleng palenye...hehe, saya??no comment)

tak semestinya belajar tinggi2 jadi bijak pandai, kadang2 yang belajar tinggi2 tu la perosak bangsa (saya tak tujukan kat sape2 okei, tulun jangan salah faham, tapi tula hakikatnya yang terjadi jika tidak disertai dengan niat yang betul serta diserikan dengan sikap alpa dan angkuh)...nau'zubillah..semoga ilmu yang ada dapat dihayati dan diamalkan dengan betul (yela kalo ilmu pro digunakan tuk menkelentong orang, tu dikira diamalkan secara salah, rite??).nau'zubillah jugak..

dan tuk kolum dr.tuah bulan jun ne, saya tertarik dengan tajuk "menebat diri agar lebih power" dari kolum nye : saya amik sikit petikan lam kolum tu..

Sabda Rasulullah S.A.W, "tidak berkumpul didalam hati seorang manusia antara iman dan dengki" (Riwayat Ibnu Hibban & Al-baihaqi), Nampak tu?tak berkumpul iman & dengki, maknanya si beriman dia tak akan dengki, si dengki dia tak beriman. Besar maksudnye tu. dalamilah, fahamilah lalu muhasabahlah diri kita masing-masing.

Penyakit ini sudah terlalu lama menular dikalangan masyarakat kita dan wabaknya tidak ada penawar. Manusia Ph.D sentiasa ada dalam setiap zaman, tahun, tempat, daerah bahkan setiap perkumpulan kecil terdiri daripada 2 orang yang sedang berkawan..bayangkan betapa kroniknya, dan anda tak mampu menolaknya sebab mereka yang melakukannya memang sangat berani untuk menanggung dosa fitnah dan muflis diakhirat kelak..oleh itu, tebatlah diri anda agar xmenjadi mangsanya.Bagaimana??kuatkan iman..

kadang-kadang hasad manusia menyebabkan kita semakin nikmat bila beribadah. dulu kita tak mampu bangun malam, tapi demi persoalan & persoalan tiap2 malam kita akan terjaga tuk mengadu kepada-NYA. Bukankah itu untung??. maka ber"terima kasih"lah pada mereka kerana menyumbangkan kepada bertambah nya iman, khusyuknya ibadah & besar pergantungannya kepada Allah.

Anda pernah menjadi mangsa PhD?Jika disuruh pilih adalah lebih baik menjadi mangsa daripada yang memangsa. Yang menjadi mangsa belum tentu seperti apa yang dikata tetapi yang mengata sudah tentu jahat dan penuh khianat didada. Menjadi mangsa memperoleh pahala 'free' manakala yang memangsa boleh jadi muflis diakhirat. Wallahu'alam. (nak detail baca kolumn tu ye)..hehe

dan tuk tulisan abdul jalil, saya rasa banyak kolumnya dalam akhbar2 tempatan serta kebanyakan majalah mempunyai ruang tulisan nya...so bacalah & hayati, semoga dari membaca kita akan lebih menghargai & berasa diri lebih hebat ...