penghujung sebuah kehidupan adalah kematian
amat terkejut bile dikhabarkan pemergian rakan x-matrik kedah dahulu..
tidak menyangka seawal ini arwah meninggalkan dunia yang sementara ini ke alam abadi
biarpun arwah tidak pernah aku rapat hubungan dengannya, tetapi pemergian arwah tetap dirasai
al-fatihah dan aku mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan golongan-golongan soleh..amin
masa ku bila pula?terasa amat takut kerana aku tahu amalan ku masih tidak mencukupi untuk bekalan disana..
teringat pula tentang pepatah yang mengatakan "orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati kematian"..aku bagaimana?bile disoroti kembali, aku banyak lalai..leka dengan keindahan duniawi..lalai dengan tipu daya dunia..amat menyedihkan aku sebagainya hambanya alpa dengan keseronokan yang sementara, alpa dengan pinjaman NYA, ya allah..kuatkanlah hambaMU ini dalam mengharungi sebuah kehidupan..semoga aku tidak tergelincir dari landasan yang engkau tetapkan..
''ya allah perbaikilah agamaku yang menjadi sandaran urusanku, perbaikilah duniaku yang menjadi kehidupanku, perbaikilah akhiratku, tempat dimana aku dikembalikan, jadikanlah hidupku ini sebagai tambahan setiap kebaikan untukku, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan dari segala kejahatan untukku. ya allah aku berlindung kepada-Mu dari kehilangan nikmat-Mu, daripada kurangnya nikmat kesihatan yang Engkau kurniakan, daripada pembalasan-Mu yang tiba-tiba dan dari segala kemurkaan-Mu. Wahai Tuhanku, bahawasanya aku berlindung dengan-Mu dari kemalasan, dan dari umur tua yang amat sangat, dan daripada bebanan yang memberatkan aku dan dosa. Ya allah, aku berlindung dengan-mu dari azab neraka, fitnah neraka, azab kubur,dan kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kepapaan. Dan aku berlindung dengan Engkau daripada kesesatan hati, kelalaian, kepapaan, kehinaan dan kemiskinan. Aku berlindung dari Engkau dari kepapaan, kekafiran, kefasiqan, pertengkaran, sifat tunjuk-menunjuk dan riak. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tuli dan bisu, penyakit sopak dan gila, dan segala penyakit-penyakit yang jahat dan buruk.Ya allah, aku bermohon kepada Engkau segala kebajikan sama ada yang cepat atau yang lambat, yang diketahui atau yang belum diketahui. Dan aku berlindung dengan-Mu ya allah, dari segala kejahatan sama ada yang cepat atau yang lambat, yang aku ketahui atau yang aku tidak ketahui. Ya allah, aku bermohon kepada-Mu syurga dan perkara-perkara yang mendekatkanku kepadanya, sama ada yang berupa perkataan atau amalan. Dan aku berlindung dengan engkau daripada neraka dan perkara-perkara yang mendekatkanku kepadanya sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Ya allah aku memohon kepada-Mu supaya engkau jadikan segala ketetapan qada' Engkau atas diriku kebajikan semata-mata. Ya allah aku memohon kepada-Mu tentang segala yang Engkau tetapkan bagiku supaya Engkau jadikan akibatnya baik. Amin..''