mm..rini sedikit bizi(aku wat2 bz akibat tangguh keje..huhu), alhamdulillah, setel before lunch hour..sebabnye aku nak g jumpa dekan uat rayuan 4 my study n settle little bit form kat iPsiS..huhu, rini mission aku de la few thing nak settle(kire half day keje-wat cam ofis aku sendiri plak ye).
~g ipsis submit form~
~cari bahan tuk masak nasi ayam~
~kemas umah~
~basuh kain baju~
actually arini aku ase cam menyampah sket(banyak jugak la ase menyampahnye ase cam lempang jek nga tapak kaki aku neh) kat someone, sabo jela..arap2 kejap jek ase menyampah tu ye, tak baik camtu..heheh, so tuk melepaskan ase menyampah aku tuh aku nak masak special sket arini..uat nasi ayam..sebabnye memang da lama nak uat tapi tak sempat+malas..hehe, so bertungkus lumus la aku siapkan menu tu lam sejam da siap aku nye masakan...ne aku share sket ape yang aku masak..
Bahan-bahan:-
*sup ayam
1.ayam separuh(dipotong ikut suka-setakat yang nak makan)
2.sup bunjut
3.bawang merah(2 ulas)-dimayang halus
4.bawang putih(2 ulas)-kisar/tumbuk
5.halia lam (1 inc.)-kisar/tumbuk
6.lada burung(sebab aku pedas)
7.limau kasturi(1 biji)
8.1 ketul stok ayam (knorr/maggi)
9.garam
10.daun sup
*ayam goreng
1.ayam (ayam yang direbus tuk sup tadi digunakan)
2.kicap
3.sos tiram
4.bawang putih(2 ulas)
5. halia(1 ich.)
*nasi
1.2 cawan beras(basuh dan toskan)
2.mentega/butter(1 sudu)
3.halia(1/2 ich.)
4.bawang putih(2 ulas)
5.buah pelaga
*sos cili + sos kicap
1.sos cili(agak setakat nak makan)
2.sos cili(agak setakat nak makan)
3.gula
4.garam
5.cili/lada burung
6.limau kasturi
cara2 nya:-
1. untuk sup, ayam yang telah dipotong tu direbus dengan air sebanyak 4/5 cawan air bersama halia dan bawang putih dan stok ayam(agak2 nak banyak boleh bubuh air banyak la-lagi banyak lagi bagus sebab air stok ayam ni akan digunakan tuk nasi dan buat sos).
2.Bila sup mendidih, asingkan isi ayam dengan sup. masukkan sup bunjut dalam rebusan sup. air stok ayam yang mendidih tu amik separuh dan asingkan untuk buat nasi ayam dan sos.
3.bawang merah yang dimayang tu goreng hingga keemasan dan masukkan dalam sup masukkan garam secukup rasa dan reneh sup tersebut dan akhir sekali tabur daun sup, lada burung dan perahan air limau kasturi.
4. untuk nasi ayam pula, tumiskan bawang putih dan halia, dan buah pelaga, masukkan beras dan air stok ayam. tanak sperti biasa.
5.untuk ayam pula perapkan ayam yang telah direbus tadi dengan kicap, sos tiram, bawang putih dan halia.bile perapan dah serasi goreng hingga keemasan.
6.akhir sekali untuk sos, sos cili dan kicap digaul bersama dengan lada burung yang da dikisar/tumbuk, masukkan air rebusan stok, kacau masukkan gula garam dan perahan air limau kasturi beserta kulit yang dihiris halus.kalo rebus balik sos tersebut untuk pekatkan sos.
7.last sekali hidang, kalo nak nampak menarik dan lebih sedap, hiris tomato dan salad sekali bersama hidangan.
tu jela aku leh share, tak tau la jadi ke tak..masing2 nye cara, tu cara aku wat kat umah bujang sebab tak cukup peralatan dan bahan, guna je la yang mane ade.