Pages

Pages

5.29.2025

Wayang

Korang dah tengok Ejen Ali Movie 2? Baik korang pi bawak anak-anak tengok, best betul, ni anak sulung tak join sebab pi layan sebelum cuti sekolah start, tu pun kebanyakan tempat penuh seat, nampak gaya kena pi ulang tengoklerr, tergelak dengar satu group anak-anak muda lepas habis tengok movie, turun tangga sambil depa meratib tak puas, nak lagi next scene..ishh, jiwa budak-budak aku pun rasa nak menyampuk, acik pun tak puas tengok jugak dik, rasa tak cukup, power betullah team yang jayakan movie Ejen Ali ni, daku pun tak skip dari first movie..kihkih. Ku layan setiap season Ejen Ali, sama naik dengan anak, jiwa kartun daku sejak kecil sampai laa memang meintain terlayan, lakiku pun sama, dia kalau tak naruto, layan pewira, aaa apa nak dikata, masing-masing kesukaan, jangan dihalang-halang, kihkih. Cuti sekolah ni, memang best anak-anak duduk rumah, ku dah leverage tugas kat depa, ada tugas masing-masing, so cuti sekolah ku tak banyak merentan, sebab semua dah berbahagi tugas, kihkih. Kulayan buat dinner ja, time siang hari suruh anak-anak masuk dapur.



Depa masuk dapur, ku bagi arahan je, potong bawang, tumbuk/blender bawang, masukkan minyak, masukkan bawang sekian-sekian, even banyak arahan dan kena ulang bagitahu i totally okay, ku tak tengok macam mana depa buat, bagi arahan saja, last sekali tengok hasil. Ku tak nak stress perati anak-anak buat okay ke tidak, as long as depa datang rajin tanya macam ni ke, macam tu ke, okaykan saja. Proses macam ni bukan kita ja sabar, anak pun sabar je melayan arahan, dah kira okaylah tu. Last sekali kasi clap atas usaha mereka masakkan breakfast, lunch, buat jajan untuk adik-beradik. Kita kalau tak kasi peluang kat anak bila lagi, anak-anak ni cepat aje catch up apa yang kita ajar bila depa buat sama, sepah memang sepah depa buat kerja, tapi pejam mata jelah, make sure depa kemas semua lepas aktiviti memasak, kemas dapur pun jalan. Ku suka anak-anak cuti sekolah, masa depa kecil ku suka masakkan depa, kadang lima kali sehari pulun masak untuk depa, since depa dah masuk tahap dua, ku dah mula ajar depa ambil peranan juga untuk kerja-kerja rumah, bab lipat kain semua ambil kain masing-masing lipat, kemas. Alhamdulillah sekarangku dalam mode lega banyak sebab time depa cuti sekolah ku dapat rehat dan fokus buat kerjaku.


Time cuti sekolah memang kami jarang pergi bercuti, melainkan balik kampung, memang elak berjalan time cuti sekolah sebab rate mahal mencanak, kebanyakan tempat pelancongan penuh, tempat penginapan apatah lagi, harga makan pun lain terus, kihkihh. Kami pulun lepas orang dah habis bercuti, giteww. Time ni kena rajinlah scroll take note depa yang share tempat-tempat depa pi bercuti, yang menarik hati, ambil tips and trick, next kita take roll pulak, layan movie kat rumah then buatlah sesukahati anak time cuti ni, yang pasti ada time main, main, ada time layan gadget, layan, ada kerja sekolah, siapkan, ada housechores, buat, then semua happy. Korang pergi bercuti kat mana?Happy holidays you alls, enjoy every moment okehh


xoxo
layanss


5.23.2025

Balik

 "Jom, kita balik kampung”, 


Ku pandang dia, "bila? Hari ni?" Yelah, jawabnya.. 


Tanpa sepatah kata, terus masuk bilik wardrobe, kemaskan baggage untuk dua hari satu malam. Eh, Harraz macam mana?janji kat dia nak jumpa esok? Sambil tu suruh anak-anak yang bermalasan selepas solat subuh mandi bersiap. 


" Kita pergi jumpa dia dulu, lepas tu bertolak balik”. 


Tengok saki baki roti sandwich gardenia tinggal separuh, terus ambil telur buat scramble egg campur sos cili. Simple breakfast pun jadilah. Asalkan teralas perut. 


Siap makan, terus angkut semua barang, dan keluar, singgah beli barang untuk anakanda sulung. 


Sambil kereta bergerak ku mengelamun "macam tahu-tahu aje", sehari dua ni ku ada terdetik nak balik jumpa mak ayah kat kampung, sebab Raya haji nanti mak ayah tak ada kat kampung. Jumpa mak ayah kat rumah dikampung lain ye, even baru je dua minggu sebelum ni dah jumpa, tapi lain. Kupernah sekali balik kampung, mak ayah tak ada kat rumah sebab pergi bercuti, feeling tu menitik air mata, masuk rumah kosong, ada si ciko dan oyen aje. Tu baru takde sekejap, kenmain dah ku kesat air mata. 


Rupanya suami pun ada feeling yang sama, dia pun pernah balik kampung masa ma takde kat rumah, tak tahu nak describe camne feelingnya. So sementara depa ada ni, pulun. Lagipun untuk bulan ni memang takde lagi scene balik kampung, skip sekali sebulan tak balik kampung, terus rasa macam ada tak kena.


Tahu-tahu dah sampai sekolah anak, terkulat-kulat anakanda baru bangun tidur tanya kenapa datang hari tu, tapi udah di faham jenis mak pak, okaykan sajalah. Alhamdulillah lega tengok anakanda dah terbiasa dengan kehidupan yang bermakna kat asrama. Sembang sekejap, terus je gerak masuk ke highway. 


"Eh, awak bagitahu ke kat ma nak balik ni? Karang terkejut macam hari tu, malam-malam buta pukul 1pagi kami sampai depan rumah ma, ketuk pintu, terkojut orang tua buat kejutan balik tiba-tiba, ingatkan apehal. Rupanya nak makan nasi kerabu air tangan ma aje punya pasal. Pagi esoknya suami cari bahan, kusiapkan apa yang boleh tinggal ma masukkan bahan dalam periuk aje. Still air tangan ma jugak kan, kihkih.


So balik kali ni even tak bagitahu awal-awal, still masih awallah, supaya orang tua tak terkejut. Daku macam biasa dah separuh jalan call mak "mak, orang on the way balik ni, nak panjat bukit dah ni. Hahh? Kenapa balik tu, ma tak sihat ke? Ehh, taklah sihat aje, saje nak balik jumpa mak ayah sekali,oooo...okay hati-hati dan moga selamat sampai”.


Tersenyum-senyum teringat peristiwa mak patah tangan sebelum mengakhiri siri kerjaya setelah hampir tiga puluh tahun berkidmat, risau, nak balik tapi tak tercakap kat suami, tapi spontaneous ajakan balik kampung dari suami lepas balik kerja, buat daku nak nangis, hampir sampai kat rumah mak baru call "mak, malam ni mak nak makan apa? Orang nak beli terus, tak payah masak. Mak dengan blurr "Eh, ko kat mana tu, kenapa nak beli makanan? " "Terus cakap, ni on the way nak sampai rumah mak dah ni" Terus mak ketawa, dan suara berubah tersekat-sekat, "mu ni, tak payah balik pun takpe, mak okay je", tapi sampai rumah, bila tengok mak senyum happy sangat, sambil mata mak berkaca dan peluk daku kemas, sambil ulang lagi " Tak payah balik pun takpe, ni okay dah sikit tangan mak ni" sambil kesat hujung mata. Mak-mak cemtulah ekk, tak mengharap, tapi tulah sebenarnya harapan yang dia nak. It's vice versa. Kita yang dah jadi mak ni faham faham sajalah. 


Ku suka trip terkejut balik kampung cemni, dengan duit cukup-cukup survive nak tunggu ke hujung bulannya, kalau ikut kira-kira memang negatif, tapi trip macam ni banyak menyedarkan kami, perjalanan jauh tujuh ke lapan jam ni bukan tentang penglibatan duit semata, tapi niat dan keberkatan asbab orang tua ni, lain. Korang yang tak pernah buat, tambah anak rantau yang jauh dari mak ayah, trylah buat, kami dah banyak kali buat, sebab tu rasa nak repeat buat tambah-tambah bila datang banyak kekangan, masa, duit, tenaga dan sebagainya. Bila datang ragu-ragu, macam tak okay, rasa takde keperluan nak balik, rasa macam ada alasan begitu begini, tapi balik juga bila datang instinct suruh balik kampung, tapi hati berbolak balik, it's just hits different. 


So back to story, rasa turun dari rumah dah pukul lapan lebih, pergi sekolah anak lagi pastu u-turn pulak nak balik kampung, different direction so memang curi masa banyak, tapi alhamdulillah perjalanan smooth je, sempat kami ambil angin jalan-jalan singgah warung Mak Tam Tasik Raban, lepas tu sempat lagi pusing masuk pergi mengopi, ikut hukum akal, benda-benda cemtu memang akan melambatkan perjalanan, tapi kami sempat makan bertenang-tenang, singgah mengopi. 


Then terus bertolak, elok sampai masjid masuk waktu zohor, kami solat awal waktu, oo ni pun satu hal juga, korang pergilah mana-mana, perjalanan jauh, sekejap, utamakan bab solat. Priority this even dalam musafir. Feel the impact. Apa yang kami rasa, waktu rasa panjang dan lama sangat, sempat singgah enam tempat, sekali singgah bukan  sekejap sekejap pula tu, tapi still masih sampai awal kat rumah di kampung. 


Masyaallah Tabarakallah, nampak durian singgah beli dua bekas sebab ma suka durian, sebelum sampai puncak titiwangsa, sempat singgah dua tiga tempat termasuk singgah kat kedai area Tasik Banding beli ikan tilapia saiz besar betis dewasa, ikan dari empangan Tasik Banding, ayahku suka ikan talapia, jadi alang-alang tak dapat makan ikan tengalan kat warung Mak Tam, kita tapau masak kat rumah nanti. Kat rumah ma ku buat Ikan Miang Pla untuk dinner, balik rumah ayah buat ikan talapia bakar untuk makan tengahari. Tengok orang tua makan berselera makan, bertambah-tambah, rasa happy, sayu juga. 



Even balik sekejap je, rasa panjang masa duduk borak sambil makan kat meja makan. Bila dapat berkumpul makan semeja, semua ada, berborak panjang, rasa puas, kadang topik yang keluar tak jangka, rupanya input untuk kita yang memerlukan those word. Sungguh aturan Allah ni cantik belaka. 


Daku bukanlah anak yang baik, penuh kekurangan dalam family, masa remaja asyik ulang antara lirik lagu Westlife 'I was the black sheep of the family', pastu menjejes, yelah paling pailang peel, urut dada orang tua', kategori menantu pun dalam list menantu hantu, at least i'm trying to do my best, sama juga suami, ada sisi kurang, tapi ada satu sisi lain pula kelebihan untuk menampung kekurangan yang lain, begitulah kita semua, tiada yang sempurna, tapi terima dan berlapang dengan kekurangan yang ada. 


Kita adik beradik tentunya mengisi kekurangan dan kelebihan masing-masing, yang tu baran,yang ni negotiater, yang tu fragile, yang ni supporter,yang ni soft spoken yang tu cakap macam nak gaduh, yang tu terlebih mampu, yang ni sekadar saja, yang tu sokmo call, yang ni jarang-jarang call, yang ni comel yang tu terlebih comel pula, eh? Gitulah adik beradik, deep bond and lifetime connection even semua ada haluan hidup masing-masing, insyaallah. 



Sampai hari ni ku terkesan tengok video dr Fatin Liyana, walaupun tahu hakikat semua nanti sebegitu, rasa tak sanggup nak hadapi bila tiba waktunya begitu, entah kita dulu yang pergi, entah orang tua dulu yang pergi. Vice versa version semuanya rasa macam tak tahu nak describe, tapi at the end yakin jua semua akan berkumpul dan bertemu kembali. Selagi ada ni, ada tenaga, ada masa, ada sihat, pulun jelah, duit boleh cari, yang lain tak terganti. Ni pun salah satu healing yang padu juga, alhamdulillah. 


Xoxo, 
Surprise after healing is real, 


5.14.2025

Episodic

Kadang-kadang ku risau dengan ingatan sendiri, Ada certain loophole, some episode ku ingat, some episode ku tak ingat langsung, macam memori sekolah rendah, sekolah menengah some piece je tertinggal dalam fikiranku, oommoo, so scary, semalam ku pulun baca, kemana memories kita hilang, kenapa kita boleh lupa, boleh tak retrieve back those memories yang kita terlupakan, I'm so scary, orang kata biasalah banyak dah putus urat, kes beranak, maka makin cepat lupa. Ya Allah, menggigil lak baca article pasal dementia, Alzheimer's, lost memories, grrr...entahlah. Tambah sekarang memang ada short term memory lost, ku tahu ramai jugak pesen haku, kadang phone yang kita tengah bercakap lupa letak kat mana,rupanya tengah melekap kat telinga, time tu juga gelabah fikir nak cari phone, cemtulah jadinya. Lupa paling bodoh dan menyakitkan hati sebelum tidur cas phone, dengan harapan bangun esok pagi bateri dah seratus peratus full, apoo, lupa tekan on suis, tak tahu nak menyumpah kat siapa, huwaa. Orang kata lupa ni normal tanda penuaan, tapi betullah scary bab lupa ni. 



Ada sekali lupa tutup api dapur gas rebus telur, keluar pergi ambil anak sekolah, sekali anak nak singgah situ sini, beli itu ini, dari 15minit jadi sejam, buka pintu rumah dah berasap satu rumah. Seram makkk. Allah lembik lutut, lupa cemni boleh trauma seumur hidup, seram meh. Ada sekali part lupa paling ku ingat masa Hajjar kecil, ku hayun buai, dalam dok hayun tu nak luruh jantung, hajjar takde dalam buai, rupanya daku tengah riba dia, menangis mak, kenapa otak macam pergi melancong masa tu sampai lupa haku tengah meriba anak, Allah Allah. Nasib baik time luruh jantung ku tak reflect bangun, kalau dak baby atas ribaan jatuh, tak tahu nak kata apa. 




Bab lupa ni tak kata dakulah, ramai je orang alami yang lebih teruk, mungkin, tapi itulah dok scroll macam mana nak retrieve all those precious memories. I’m just missing those memories, ada tapi ku lupa, kalau suruh cerita maybe boleh certain part, suruh cerita detail, surrender, somepart memang tak ingat terus. Memang kalau suruh otak pergi belek fail-fail dalam kepala ni, tak jumpa, ke dah permanently delete in bin? Terimagine spongesbob gelabah cari belek file-file dalam otak dia cari resepi buat hamburger pasal dia lupa nak susun yang mana satu dulu letak daging dulu ke, salad ke, timun jeruk untuk buat hamburger yang sempurna, hallah kuat betullah memori kartun haku nih.


So scroll back my entri entri yang haku buat, wehh banyak jenis tersirat, berlapik daku taip, sampai ku tak boleh retrieve back apakebenda, pasal apa yang ku ceritakan masa tu, hallah, hallah. Ngekkla. Nilah orang kata, orang nak buat belog, kita nak buat belog jugak, udah tak semua perkara boleh tulis, belog cemni bukan diari rahsia boleh kunci guna kunci besi tu, hahaha. Apapun benda dah jadi tak boleh buat apa. Oo rupanya bila belek balik memang ku pernah tulis bab lost memory track ni, see ada hikmah banyak jugak blog daku nih, kihkihh. Tu pasal macam pernah tulis bab lupa ni, memang ku pernah tulis. So alang-alang dah tulis, just nak aktifkan balik my memories lost track, dan of course asah writing skill balik seribu words a day at least, may Allah ease to retrieve every thing, insyaallah. Tak boleh imagine boleh ke tak? Buat jelah, then let see how far it goes. Dan ku rasa apa yang hilang dari ingatan mungkin untuk menyembuhkan diri, kita semua pernah terluka, dan untuk menyembuh kita perlu pergi atau hilangkan apa yang membuat kita terluka, tapi hakikat pahit luka tu jualah yang menyembuhkan. Let's heal. 


Xoxo, 
Label baru;episodic memory





5.08.2025

Impian Orang

Bahagia dan happy nya hari ni, takde sebab tapi perasaan tu datang sendiri. Tengok jam pukul 7.30pagi, bunyi kereta suami hantar anak-anak pergi sekolah dan berlalu pergi. Kicauan burung bersilih ganti, ku renung-renung banjaran kain yang sudah bertukar kedudukan menjadi tujuh benua (sudah diasingkan untuk memudahkan proses melipat). Punya lama kain selambak tu dok melepak kat ruang tamu dari hari isnin siap dobi, hari khamis ni ku cari kekuatan dan motivasi nak selesaikan misi yang paling berat ni. Hirup kopi panas dan tuju ke tujuh benua sambil caj bateri telefon, bersila dan fokus, lipat kain sambil istighfar dan zikir, tahu-tahu dua jam habis semata untuk melipat kain, tapi happy sebab dalam masa yang sama dapat habiskan zikir, kadang ku lupa bila sebab ralit nak siapkan semua kerja, so bila dah set dan fokus, rasa happy, sebab boleh completekan kerja disamping ingat jua DIA. Siap lipat kain, bersihkan diri, pakai kemas dan cantik, spray perfume dan ambil face mask dan earphone. 


The feeling.....entah tak tahu nak describe, tapi bersyukur dengan keadaan sekarang. Throwback balik ketika semua anak-anak masih kecil, hidup penuh chaos, mata rabak tak cukup tidur pun sebab tiga empat pagi baru boleh lelap, anak tak sihat, anak bangun menyusu kerap, anak buat perangai, bangun juga siapkan breakfast untuk suami, siapkan lunch untuk anak-anak time diorang masih tidur, once diorang bangun kadang mandi pun tak sempat, satu fasa kita masuk bilik air pun anak meraung macam kena pukul. Rumah yang dah siap berkemas, tersusun elok pada tengah malam semalam, biasaku siap kemas pukul 12tengah malam hingga pukul satu dua pagi, baru boleh tidur, bersepah balik, lepas tu scene bergaduh adik beradik, berebut, menangis meraung sebab tak menang dalam kes berebut, the chaos mak-mak yang merasa tahulah macam mana. Penat, tapi kena layan, letih, tapi kena hadap, mengantuk tapi tak boleh tidur, lapar tapi tak selera nak telan, nak mandi tapi anak tengah memerlukan. Dan fasa tu dah berlalu pergi. 


Hampir 10tahun melalui fasa ’’chaos’, sekarang fasa bertenang-tenang melalui hari-hari, ada hari rasa kosong dan sepi, ada hari happy dan bahagia, ada hari hyper tak tentu, ada hari moody tak tahu kenapa, but i'm so grateful, melalui fasa-fasa tersebut, ku lebih menghargai, menghargai waktu, fokus sekarang hanya untuk mendidik anak, fasa mendidik diri menghargai diri yang terlupakan dek kesibukan mengutamakan yang lain. Lupa dengan bentuk badan yang kecik comel dulu dah jadi gedempol, lupa raut wajah muda dan kulit masih toink-toink dulu dah mengendur menampakkan kedutan halus, masih belum terlambat untuk buat apa yang dilupakan tu, insyaallah. Cukup apa yang ada kat depan mata ni, Alhamdulillah for this feeling. Rasa macam takde apa-apa kehidupan macam ni, tapi ada yang mengimpikan kehidupan sebegini, jadi ku tak nak mengeluh sebab ku sedang melalui satu proses kehidupan yang dicita-citakan orang lain. Banyak lebih bersyukur, banyak kurang tetap bersyukur. 


Throwback lagi, ku sedangkan meniruvasi apa yang mak ayahku buat sepanjang membesarkan dan mendidikku, that's how i'm now. Mak ayah tak kaya, tapi tinggi value hidup, dan ku tak nak benda tu hilang cemtu je, ku nak apply supaya one day panjang umur melalui fasa 'warga emas' ku dapat nikmati juga moment 'indah'(surface) seperti mak ayah lalui juga. Even mak ayah tak kaya, ku salute sangat mak ayah financially manage at the top, takde pencen, tapi boleh pergi China, Australia, Turki, Mekah (beberapa kali), Korea dan beberapa negara lain, yang orang kata mustahil nak sampai, tapi rezeki dan juga berkat amalan mereka, masyaallah Allah kurnia something yang nampak mustahil. Mak ayah sangat memberi inspirasi buatku sebagai anak supaya merancang bagaimana kedepan-depan nanti even tak nampak lagi bagaimana rupanya tapi banyak sangat contoh, nak ikut ke tak ajenya. Kehidupan tenang tanpa drama tu mustahil, tapi doa selalu ujian yang sentiasa silih berganti, Allah kurnia kita kesabaran dan ketenangan untuk hadapinya. 



The older I get, the more I think
You only get a minute, better live while you're in it
'Cause it's gone in a blink
And the older I get, the truer it is
It's the people you love, not the money and stuff, that makes you rich
And if they found a fountain of youth
I wouldn't drink a drop, and that's the truth
Funny how it feels, I'm just gettin' to my best years yet
The older I get, the fewer friends I have
But you don't need a lot when the ones that you got have always got your back
And the older I get, the better I am
At knowing when to give and when to just not give a damn
And if they found a fountain of youth
I wouldn't drink a drop and that's the truth
Funny how it feels, I'm just gettin' to my best years yet
The older I get
And I don't mind all the lines from all the times I've laughed and cried
Souvenirs and little signs of the life I've lived
The older I get, the longer I pray
I don't know why, I guess that I've got more to say
And the older I get, the more thankful I feel
For the life I've had and all the life I'm living still


Ku selalu cakap kat suami, entah sempat ke dak ye kita pusing dunia ni, umur makin tua, tapi duit pun takdak ni, anak-anak makin membesar means makin besar dan banyak belanja nak keluar, tapi suami selalu cakap, insyaallah ada rezeki, jangan fikir sangat. Kadang-kadang suami pula berbunyi entah cukup ke tak belanja bulan ni, pov: orang lelaki tak meluah, tahu-tahu dok mengira kalkulator, ku pulak cakap, insyaallah adalah tu rezeki tak disangka-sangka, ye tak mudah nak didik diri sentiasa bersangka baik, tambah nak motivasikan dan bagi semangat kat pasangan, tapi bila kita redha, minta Allah lapangkan kegelisahan dalam diri, ada je hadiah tak tersangka-sangka seperti yang kita fikir. Kita dan pasangan ni memang seperti sebuah team, yang tu takde semangat, yang ni kasi semangat, yang tu lupa, yang ni ingatkan, yang ni moody yang tu legakan, that's a team function. Tak mudah nak buat kerja berkumpulan ni, ada fasa sampai bergaduh-gaduh, tapi kena juga cari solusi. Kan? Cemtulah laki bini, penting bab komunikasi, toleransi, ihsan dan percaya kemampuan dan keistimewaan masing-masing. Kan? Ku percaya apa yang ku lalui sekarang sama je macam mak ayah lalui, ada masa korek syiling,  tapi anak-anak tak tahu, ada masa gadai cincin gelang emas, tapi anak-anak tak tahu, teammates jelah yang tahu upside down the proses semasa membesarkan anak-anak, kan? 


Berkaca pulak mata ni, menaip sambil tayang scene memori dalam kepala tapi tak terluah details cemnilah, feeling tu. Allah ja tahu, kita semua kalau boleh nak cerita indah-indah saja, supaya segala apa yang hitam, tak elok berlalu pergi dan dilupakan, namun, percayalah semua yang hitam, gelap itulah yang paling mahal, kerana kita terpilih untuk lalui. The hardest part will be pass, segelap apa pun ku lalui, hari ni ku sedar sedang hidup dalam impian orang lain, hugs. Syukur selalu. 

Xoxo, 
Hidup untuk hari ini. 

5.07.2025

Sabah, Kami Datang!

Setelah hampir 20 tahun, alhamdulillah rezeki dapat jejak ke Sabah untuk ketiga kalinya, teruja dan terimbau kembali kenangan pusing-pusing satu Sabah guna kereta, berhari-hari punya travel dari Keningau, Tenom, Ranau, Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Tuaran, Lahad Datu, Tawau, Semporna,hmm memori bujang. Berbaloi sungguh masa tu even berhari-hari road trip, Labuan je tak sempat sampai. Pertama kali ku jejak Sabah tahun 2001 ka 2003,pun ku dah lupa ku teman nenek saudara pi mengasuh sepupu sebab mak saudara baru transfer ke Sabah, tak dapat pengasuh lagi, so lucky teman kan nenek saudara pergi sana, kat Keningau. So memang stay lama sungguhla masa tu dalam sebulan lebih seingatnya. Pun tak puas rasa. Second time pergi dalam dua minggu juga just minggle around Keningau dan area dekat-dekat. 


First time sampai Sabah teruja, third time sampai pun masih teruja. Cuma dulu pergi sorang-sorang kali ni pergi satu keluarga dan group besar. Anak-anak pun teruja lah sebab first time naik kapal terbang, bersama sepupu pulak, lagilah depa seronok. Even short trip sangat puas hati, mamanya still rasa tak puas. Tapi sangat gembira dengan short trip kali ni sebab dapat mengimbau kembali kenangan lalu. Rasa macam tak ingat, tapi bila lalu tempat yang dah pernah lalu dulu, memang ingat balik the moment, masyaallah Tabarakallah, nikmat apa lagi nak didustakan. Trip full sponsor kali ni, moga dimurahkan rezeki orang yang menggembirakan kami dan diganti dengan rezeki yang tidak putus-putus. 


Disebabkan ambil tiket flight direct je dari Kota Kinabalu ke Kelantan  , kami kena balik kampung dululah, jadi perjalanan makan angin kat Sabah ni memang sangat memenatkan sikit sebab kalau naik direct dari Kuala Lumpur pendek sikitla ceritanya. Tapi bab jalan-jalan ni macam biasa sebab semangat semua penat hilang, kihkih. Imagine kami bertolak balik gerak naik ke Cameron hingland turun ikut Lojing dah memalam buta, memang first time ever tu, huhuu. Dengan penat balik kerja tapi turun sampai gua musang tu energy dah drain, nak tak nak kena tidur, dalam pukul 2 pagi gerak balik sampai rumah mertua dalam pukul 3pagi, pukul 4 pagi dah bersiap-siap pergi airport sebab melibatkan big group. Memang kena turun awal. Sampai airport terus check in, sebab kapal pukul 9 lebih, penat giloss, sampai KLIA, terus gerak untuk tunggu check in flight ke Kota Kinabalu pukul 3 lebih, nasib baik takde delay ke apa. Anak-anak nasib baiklah depa high energy, cukup tidur, makan, takde masalah, takde moody, tantrum, kalau dak kita yang dah penat, tak cukup tidur ni mahunya mengamuk, hihii. 


Hana, alhamdulillah tidur je dalam poket, tenang mak nak jenjalan. Kihkihh. Sampai KLIA terus cari kedai makan brunch terus, sambil tunggu next flight. Smooth je semua proses sampailah kami kat airport KK. Tunggu semua proses transport selesai pun dah azan maghrib, semua dah rabak, sebab seharian dah bertungkus lumus dengan proses perjalanan yang panjang, fuhhh. Camnolah nak DIY ke tempat lain ni, tak mudah jugak, kena banyak study, ni harap 100% orang uruskan memang bestlah, kihkih. Sampai je kenderaan masing-masing terus bergerak ke tempat makan malam, nak makan seafood iaitu Dataran Todak Waterfront Seafood Hawker. Ku pun dah ingat-ingat lupa yang version lama dulu macam mana. Tapi memang kalau nak makan seafood murah makanlah kat sini, seafood pun bermacam version, tak tahu spesis apa dah, tak pernah jumpa, tak pernah makan. Memang rambang mata nak pilih, kami semua dah letih teruk, so tunggu ja makanan sampai, nak pilih-pilih pun dah tak larat. Siap makan kami check in dekat penginapan tak tahu nama apa. Pergi orang urus macam nilah, ku blur, memang follow tak tahu mana, enjoy je every place yang sampai, tak fikir apa, nama apa, memang totally different ye kalau urus sendiri, sekecik-kecik benda perati dan ambil tahu, hahahaha.



So bab jalan-jalan kat sabah ni ku cuba ingat balik, sambil asah ingatan sendiri. Check in malam tu kat apartment berdekatan Imago Mall kalau tak silap namanya sebab berpusing-pusing kami nak cari pintu masuk residence, ambil lunch dulu lepas tu pusing naik turun. Jumpa bilik, alhamdulillah lega boleh rehat.


Pagi kedua kami free and easy saje, so nak kata awal sangat tu, pukul 9 pagi sana macam dah nak ke tengahari, so kami brunch di Restoren Gayang Seafood Restoran Sulaman Tuaran Sabah, seriously sedap sangat makanan kat sini, kami makan sampai tak termakan makanan yang ada, tapi siput gong masak cili ku taram dua pinggan, ikan besar-besar tak habis. Banyak sangat sampai kami tak boleh makan seafood dah sebab banyak sangat telan seafood, hahaha. Hari kedua dah surrender hadap seafood, imagine macam mana banyak. Lepas dah kenyang kami balik ke Kota Kinabalu singgah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang lebih famous berbanding Masjid negeri, sebab dekat dengan laut, view cantik sangat kat sini. Ku tahu Masjid ni masa mula-mula sampai Sabah mak saudara bawa jalan-jalan ambil gambar, kira antara Masjid yang cantik sangatlah masa awal tahun 2000 tu, even now. Lepas tu last minit decide lepas solat, nak pusing-pusing kat Pulau di Kota Kinabalu, even dah lewat petang trylah jugak pergi Jesselton Point Ferry Terminal tu, sampai tu memang dah kebanyakan kedai dah nak tutup dan kaunter ticket pun sama, ada satu dua ja yang masih on, tapi kena bayar lebihla, pun bolehlah sebab kami satu group ja yang last sekali nak naik bot, dapat dua bot, terus gerak tak tunggu-tunggu dah sebab tak lama lagi sunset, jadi sempat pusing tiga Pulau aje. Pulau first Pulau Mamutik, lepas tu Manukan, Pulau ketiga kami pusing tak stop pun, sebab dah nak gelap. Pun puas hati even sekejap je, bolehlah buat-buat rasa dari tak sampai langsung, alhamdulillah. Balik dari Pulau kami singgah makan kat rumah yang bakal kenduri esoknya, makan nasi kerabu+ seafood, alhamdulillah kenyang tak tara, memang fikir bantal ajenya, hahaha. Sepanjang jalan-jalan ni, Hana behave je ye, tak tahu nak kata, tapi kejenya tidur, bangun, hisap susu, main sekejap, tidur and cycles goes, mana tak suka kalau anak cenggini perangainya bila jalan-jalan, bahagia wehhh. 


Pagi esoknya kami nak ke tempat kenduri, dah kenal rumah jadi event esoknya tu insyaallah smooth. Sebenarnya kedatangan ke Sabah kali ni asbab kendurilah, bab jalan-jalan tu sampingan ajenya. Kenduri kat Sabah ni best jugak tahu, yang kami pergi ni ala-ala Brunei style sebab anak beranak dari sana, masakan pun banyak versi Brunei. Pagi tu kira kami breakfast makan lauk kenduri aje, sebab kenduri belah Sabah memang belah  awal pagi lagi depa jamu orang. So kami tak payah nak fikir bab cari breakfast, kenyangkan perut dengan lauk kenduri aje, kihkih. Selesai kenduri, makanya selesailah misi utama, maka fokus bertukar untuk jalan-jalan makan angin. Dah siap-siap checkout sebelum ke kenduri, kami terus bergerak ke Kundasang dengan 5 buah kenderaan. Alhamdulillah sebab dah biasa panjat gunung dari Tapah ke Cameron Highland, jadi jalan ke Kundasang ni kira average bab pusing pusing bukit tu, tapi view sepanjang jalan cantik sangat. Kalau lajak depan lagi memang boleh tengok view dari Banjaran Crocker ye, memang ku ingat sangat, sebab cantik tak tahu nak describe dari puncak Crocker tu, tapi kami sampai takat Kundasang jelah kali ni. Next time mungkin in small group, insyaallah. Dulu sampai kat puncak Crocker sebab mak saudara duduk kat Keningau, jalan pun tak cantik lagi, panjat naik puncak dari Kimanis, jalan curam sangat, lepas tu selekoh lagi, memang seram gila kalau lalu belah malam, tambah berkabus, dulu naik kereta kancil je wehh, panjat Banjaran crocker tu, hahaha, what a memories. Dah la rumah sewa mak saudara tu tepi bukit, belakang rumah pokok avocado besar tinggi macam pokok balak, buah avocado berlambak-lambak jatuh, tapi time tu haku tak makan buah avocado, tak sedap, lani nak beli sebijik menggigil weh tujuh ringgit sebijik, huwaa, kenapaaaa? Dah lah lama gila stay masa tu, asallah ku tak pulun makan masa tu, adoiila. Tua-tua ni baru nak reti makan avocado, sedap plak tu. Nilah orang kata menyesal takdak guna, bahahaha. 


So back to story, kami start panjat lepas solat zohor, kira petang jugaklah sampai kat Kundasang. Oo sebelum sampai tu, Ada ceritanya, disebabkan kami ni group besar, nak pergi Kundasang, kedai makan kat sana limited tambah lagi malam, kalau nak singgah kedai satu hal pula menunggu makan, dengan kanak-kanak, warga emas, jadi part makan biggest problem kami, tinggg, teringat kat mak saudara yang memang buat catering tapi belah keningaulah, last minit call tanya boleh dak serve kami semua, sediakan quotation kami proceed aje sebab asal selesai masalah yang satu ni, alhamdulillah even last minit, mak saudara sanggup, tu pun satu kesyukuran besar dah, kalau dak kebulur wehhh, hahhaha. Kalau kat Kundasang ni memang recommend masak sendirilah terutama makan malam, mana nak cari kedai malam-malam buka, memang takdelah ye, bukan macam Cameron Highland ye, so planning kena padulah sikit datang Kundasang, timing pula cuti bersambung, masakkk. Petang tu sebelum check in, sempat borong durian sabah sampai tutup gerai tokei sebab habiskan semua durian, sedap juga durian sabah ni. Check in kami rehat untuk tunggu makan malam aje, santai-santai sambil borak. Rezeki sangat ada mak saudara kat sana, mudah segala urusan yang tak disangka-sangka, alhamdulillah. 


Siap makan malam, tengok bintang, tidur lena tak tara, esoknya kami fokus nak jalan-jalan sekitar Kundasang, jadi awal pagi bangun breakfast kami dah bersiap-siap untuk ke first pit stop iaitu Japanese Village Hill, ingat nak pergi ke adesa Dairy Farm Kundasang, tapi ticket masuk booking pukul sebelas lebih, jadi sementara tunggu masa, kami pergilah nikmati view kat sini dulu. Siap ambil gambar, pusing sekitar terus ke Desa Dairy Farm, ramai ye orang, beratur dari kereta nak masuk parking, beratur nak masuk semua tempat, tengok orang beratur nak masuk ke tempat feeding, surrender kami, dengan cuaca panas terik, semua budak-budak dah bunyi, lapar, nak membuas, makanya kami singgah cafe aje makan. 


Tengah sedap makan, lakiku bagitahu jumpa kawan seuniversiti yang dah berbelas tahun tak jumpa, last time jumpa masa kat Melaka sebelum semua naik pelamin, nih jumpa terkejutlah, punya jauh datang jumpa tokei kak Ferry, dah beranak pinak dah belaka, hahaha, even dah lama tak jumpa raut wajah semua kami masih ingat. Jauh betullah datang unexpected meeting ni, even sekejap pun moga dilain masa boleh bertemu mata lagi, kesibukan masing-masing membina kehidupan macam nilah, huhuuu. So semua dah puas hati bergambar apa semua, kami balik ke bilik aje, sambung makan habiskan yang pagi tadi punya breakfast. Lepas tu keluar jalan-jalan ke National Park Kinabalu sambil cari makan tengahari kat sini dan bergambar. Balik dari national park, free and easy activity so kami satu family ku ajak ke tempat penginapan yang mak saudaraku bawa dulu, ku masih ingat view cantik kat sana, so nak jugak suami dan anak-anak tengok dan rasa feeling tu. Alhamdulillah kuat lagi ingatan, jadi hotel yang kududuk dulu Pine Resort Kundasang, ingat sebab pokok-pokok pine cantik sepanjang naik ke resort tu. View Gunung Kinabalu kat sini cantik sangat, jadi semata pergi ambil gambar sajalah sambil cerita pengalaman dulu macam mana. 



Settle bergambar dan nikmati panorama, kami balik ke bilik untuk berehat, makan malam, dan berkemas, sebab esoknya tu kami dah nak bertolak balik dari Kundasang terus ke airport Kota Kinabalu. Jadi malam last nikmati udara gunung, view bintang di gunung, masyaallah tabarakallah, nikmati apa lagi yang kami dustakan. Esok pagi tu alhamdulillah clean and clear dapat tengok puncak gunung Kinabalu, udara segar, memang rasa tak nak balik tapi apakan daya, cuti dah habis. Jadi selepas breakfast dan check out kami terus bertolak ke Kota Kinabalu tapi sempat jugalah singgah dekat jambatan Tamparuli untuk merasai naik jambatan gantung, ku tengok dari kereta je, sebab Hana tidur, lagi pun dah pernah naik, jadi tengok pun jadi lah. Sampai Kota Kinabalu kami terus ke Kedai Souvenir Jamilah jewellery, beli apa yang patut sekadar buat kenangan, ku tak gemar sangat beli membeli souvenir ni, tak tahulah kenapa, kihkih. Tapi beli jugaklah sebab kena paksa, so selesai membeli kami terus ke tempat makan. Kami makan kat Kampung Nelayan Floating Seafood Market Restaurant, kira last pitstop untuk makan dan terus ke airport lepas makan. Makanan kat sini sedap ye, terutama masakan seafood, semua sedap, telur dadar dalamnya ada tiram, baby crab tu sedap sangat, sayur pun, semua sedaplah. Hari terakhir alhamdulillah boleh telan seafood sebagai penutup jalan-jalan Sabah, puashati sangat. 


Alhamdulillah sampai kat airport kami ready untuk check in, dan balik ke Kelantan. 2jam perjalanan rasa sekejap je, masa kami mula naik, dapat tengok sunset dari atas, bye bye Sabah, definitely we will repeat tapi tak tahu bilalah lagi, moga ada rezeki, insyaallah. Sekarang pun boleh tahan dah harga tiket kes demand tinggi orang Korea jalan-jalan ke Sabah, we really in love with Sabah. Harap sampai lagi ke Semporna pulak, daku pergi dulu masa Semporna tak popular lagi, floating resort pun tak banyak masa tu, sekarang rambang mata nak pilih, laut kat sana setara ye dengan Maldives, Krabi. Siapa lagi yang nak angkat keindahan negara sendiri kalau bukan kita. Let's go Sabah everyone. Sebulan pun tak cukup ni kalau stay semata nak berjalan-jalan kat Sabah, haishh bestnya. Apapun travel with big group best if anyone just follow the itinerary, me? Alhamdulillah no complain at all sebab biasanya in big group ni ku pandai bawak diri je,kawal emosi, nafsu sendiri letak tepi, nak jalan-jalan ikut tekak sendiri memang kami pergi sendiri ja, biasa unplanned short trip, unplanned staycation kami lakibini dan anak-anak. Pergi travel in big group and small group ni memang ada beza, tapi ada seronok masing-masing lah, don't compare. Moga ada rezeki lagi bercuti ramai-ramai, best!