Nostalgia Sambal Lada Kering Pembangkit Sahur

4.14.2021

Kalau masuk bulan puasa, tak Sah pula takde sambal lada kering untuk di makan pada waktu sahur. Ni antara yang wajib ada bila nak makan sahur, gaul dengan nasi panas-panas, memang fuhh, berselera makan sahur. Biasa sehari sebelum masuk bulan Ramadhan Ika dah siapkan sambal lada kering ni. Menu hari pertama biasanya goreng daging letak bawang banyak-banyak, lepas tu rebus telur masin. Menu simple gitu pun bikin selera bangkit. Sambal lada kering ni teringat zaman kanak-kanak, lepas balik sekolah naik rumah nenek makan tengahari, biasa sambal lada kering ni wajib ada, makan dengan ikan goreng je kadang, kadang tu minyak lepas goreng ikan buat kuah. Memori daun pisang, memang teringat-ingat menu cemtu.
Eh, bukan ke orang kelantan suka makan sambal daging ke? Ika tak, instead of sambal daging, daging goreng lagi sedap, sesekali makan bolehlah sambal daging tu, atas selera masing-masing. Biasa sambal daging tu sedap makan dengan laksa kuah lemak, memang masyukk rasanya. Sambal lada kering ni biasa Ika buat breakfast makan dengan telur dadar, ikan kering goreng dengan nasi putih panas-panas memang sodap, makanan orang kampung cenggitu lah. Tak tunggu makanan mewah je, menu simple camni pun kenyang perut, alhamdulillah.


So nak buat sambal lada kering ni senang sangat, orang tak pandai masak, buat sekali je terus pakar. Bahan pun tak banyak dan cara masak tipsnya kena sabar kacau sambal hingga pecah minyak, tu je.

Selamat mencuba. 
 

Post a Comment