Sedih tak sangka kan, kita kena kurung balik semua? Actually memang dah ada dalam agakan, jangkaan bagi yang rajin membaca, mengkaji, menilai dan yang tak percaya buta-buta apa yang keluar kat TV, insyaallah dah boleh standby apa yang patut for next move. Yang percaya, teruskan percaya dengan apa yang anda mahu percaya. Hidup ni jangan ikut-ikutan buta tuli, haihh..apapun dikala ini banyaklah bersih kan hati, jangan takut dan paranoid sehingga hilang waras dan logik akal. Bila buat benda anti fitrah kehidupan, pasti ada bahananya, yelah fitrah manusia? Apa itu fitrah manusia? Carilah dan fahami sendiri, otak kita jangan sesekali bagi orang kawal, kerana kitalah yang punya kuasa veto apa program yang kita mahukan. Yang follow Drrizal Abu Bakar pasti tahu apa kuasa otak kita, jika hari-hari repeat benda sama, otak akan save, samalah jika kita jamu otak hari-hari dengan media massa. So hati-hati.
Apapun jangan lari fokus, even dunia hampir musnah esok lusa pun, kemaskan pegangan hati kita. Benda ni lah musuh-musuh Islam paling panas hati, syariat Islam dah berjaya usik, yang lain-lain in proses. Jangan pelik jika nanti, yang tinggal hanya kalimah Allah saja di mulut untuk tinggalan Cucu cicit untuk diamalkan. Tak pelik dah sekarang pun buat perkara sunnah orang islam sendiri jadi tali barut dan dalang melaporkan pihak berkuasa. Ingat sampai bila-bila akhir zaman Islam akan kembali asing. Datang dengan asing, kembali pun dengan asing. Yang amalkan Islam dan tegakkan Islam tak pelik pun akan dianggap pengganas suatu masa nanti, kerana semua cintakan dunia. Nauzibillahiminzalik.
Apapun masa yang ada ni gembirakan hati buat apa yang tenang dan bahagiakan hidup walaupun dikurung. Ada yang masih tak percaya ada orang gila kuasa yang mahu menguasai dunia, siapa mereka?Rajin-rajinlah baca terjemahan Al-Quran, Allah ingatkan berkali-kali dalam dalam Al-quran tapi ramai orang Islam yang alpa, dan masih membutakan mata hati. Apapun sekarang ni nak pujuk hati selain rajin baca terjemahan Al-Quran, buat salah satu sunnah Nabi kita iaitu menanam. Salute sangat yang rajin berkebun tu, Ika baru nak berjinak-jinak ni haa. Sebelum ni dah try menanam tapi sudahnya kucing buat tempat berak, nak merentan meroyan marah kat haiwan takde akal, macam tak berbaloi. Doa sajalah moga Allah permudahkan urusan nak menanam pokok sayur-sayuran yang makan hari-hari je pun dah rasa gembira dah. Cuma nak praktik dan rajin menyiram pokok tu kena paksa diri dan anak-anaklah sambil homeschooling depa sekali, kikiki.
Syiling bilik air runtuh kes tangki air bocor, alhamdulillah memang bilik air tu tak guna selama tangki bocor
Harapannya ada rezekilah nak merasa sayur-sayuran hasil tangan sendiri pasni, tinggi harapan tu, bab tangan sejuk tangan panas tu insyaallah semua tangan yang usaha pasti Allah kasi hasil lambat atau cepat, asal buat je kan? Kiki suntik semangat sendiri. Memang semangat tengok yang berkebun kat tepi rumah, even rumah atas udara, malu kita yang ada ruang even takde tanah. So kena kasi usaha sikit bab ni sebab nak tak nak kena belajar sistem sendiri jugak slow and steady. Yang penting buat bahagian prep ni. Ramai in denial dengan realiti berlaku hari, takpe take your time sebab itulah yang Ika alami dulu, memang boleh panic attack kalau baca dan follow situasi semasa. Apapun doa yang baik-baik aje. So sekarang bab supplement and superfood dah dalam stok sederhana, time tu focus makanan, air dan tanaman pula, moga-moga Allah permudahkan segalanya.