Pages

Pages

3.17.2015

Restoren Hover Kelantan

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh....


Alhamdulillah, masa teringin nak makan telur penyu kes teringat kenangan family pergi jalan-jalan ke rantau abang, then ayah beli nasi bungkus, berkuah kari ada telur penyu, ayam goreng dan sambal juga timun batang. Allah, memang menitik-nitik air liur nak makan telur penyu tu yang rasa nak bersorak bila suami cakap nak balik ikut terengganu masa balik kampung hari tu, tapi takde rezeki. Balik kampung sekali lagi baru sempat nak merasa telur penyu tapi bukan kat terengganu, kat kelantan pun ada telur penyu..bahaha, tengah-tengah bandar kota bharu pulak tu...punya haku pergi negeri sinonim dengan penyu bertelur nak cari telur penyu, rupanya kat negara sendiri ada..bahaha, sabar jelah...So misi mencari telur penyu berjaya, selain misi-misi lain, tak lain tak bukan bab makanlah kalau balik kampung ne. Kuih-kuih tradisional memang my favorite macam kuih ketayap, dan macam-macam lagilah, tak boleh boleh nak senarai sebab semua list kuih tradisonal haku rasa nak bolot makan..gggrrr, nafsu apakah?


Korang pernah makan telur penyu?Kalau yang tak biasa makan memang kembang tekakla nak makan makanan rare macam tu, so macam haritu, even nak makan sangat telur penyu ne, sempat telan 3 bijik je, rasanya memang pelik sikit, masin-masin, berlendir, hubby kita memang 'cannot go' lah kalau nak telan menda macam tu..behehe, apapun, memang sedap for me, sekali-sekala nak makan memang rasa puas hati..Puas hati jugak boleh singgah makan kat Restoren HOVER ne sebab memang terkenal dengan nasi SUMATERA kat situ, dn memang dah lama tak makan sumatera stail. Lagi pulak balik kampung kali tu sempat pusing-pusing tempat favorite masa zaman muda mudi..kikiki, maklumlah dulu-dulu duduk asrama, ambil bas dari machang sampai ke kota bharu sempatla pusing-pusing Bandar KB sepuas hati sebelum balik rumah, ahhh...muda2 pun dah pandai window shopping..kahkah, tapi lagi rare pasal pusing-pusing cuci mata alone. Feeling orang buat keje alone, enjoy alone ne lain macam okei...singgah kedai buku, belek-belek buku, singgah kedai makan, makan sorang-sorang, the feeling memang sukar nak decribe, sebab memang best..orang yang pernah buat kerja alone macam haku tahulah perasaannya macam mana kan?hihi...sebab tu bila dah kahwin rasa rindu dan teringat zaman muda remaja dulu..alhamdulillah, haku remaja yang tidak terpengaruh dengan benda tak berfaedah like berpeleseran, bohsia ke hape, bukan tak pernah cuma nakal-nakal dengan geng sekolah tu ada tapi nakal zaman dulu memang berbeza dengan yang sekarang, sebab yang sekarang lagi scary..meleret-leret pulak cerita.  So tertunai sudah hajat nak makan telur penyu, korang ada pengalaman nak makan makanan pelik2? Belangkas pun rare jugak kan, entah macam mana rasa tak tahulah, nanti berkesempatan jumpa menu macam tu, wajiblah kena cuba..ok, daaaaa
















---------------------------------------------------------------------------------------------------------------










ANDA RISAU DENGAN BERAT BADAN ANDA?!! 
MAHU KURUS DENGAN SELAMAT??



yyaarkkhh!!!mesti geli tgk gambar ni kan? saya pun geli..tapi ini lah hakikat...
KERAK baki NAJIS yg tertinggal dlm USUS kita..atau perut...

tahu tak kenapa badan susah nak kurus??? walau dah mcm2 produk kurus kita makan..

sebab benda ni la..punca najis keras duk melekat kt dinding usus tak boleh buang.so kalu nk turunkan berat, kena cuci USUS, USUS KOTOR salah satu punca PENYAKIT

meh cuba herba yg selamat !! murah sgt...beli satu botol tapi boleh guna sampai 4-5 bulan..
DI JAMIN TIADA BAHAN KIMIA.
sila pm saya.
saya nak tolong anda besihkan USUS & bagi badan cepat kurus..

TIPS UNTUK KEMPISKAN PERUT BOROI....





Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan terutama perut buncit ni, saya sangat-sangat sarankan agar anda mencuba Herb-Lax Shaklee. Memang sangatlah terbaik dan sangatlah ramai peminatnya. 

Herb Lax ni setiap bulan sangatlah hot stuff, sangatlah tinggi demandnya, memang sangat laku. Kesannya memang tidak dapat disangkal lagi kerana terbukti berkesan. 






WhatsApp/telegram/SMS/pm
Ika greenapel

013.3392721
Fanpages Healthy4Life.com
Insta @greenapel

3.12.2015

Beli Baju Bayi, Anak-anak dengan Harga Murah & Borong di GM Klang

Kalau beli bab baju anak-anak, tentu-tentulah kita orang perempuan yang lebih kan? Bukannya orang lelaki tak teruja bab membeli ne. Eh, inilah yang dikatakan tabiat hidup...nak mulakan entri pun tak bagi salam...behehe.. Asslamualaikum-warahmatulla-hiwabarakatuh!! salam sayang semua, harap aura positif dan berkasih sayang antara kita lahir dengan ucapan salam. 


Okes, back to topic nak membeli baju anak-anak ne, kita orang perempuan, mak-mak khasnya sanggup tak beli baju sendiri kes nak beli baju anak-anak kan? Lagi-lagilah nak beli baju baby untuk anak sulung, teruja dia tu, mak akihh, kalau shopping jatuh longkang pun takpe asal boleh memborong untuk anak-anak. GM Klang antara port kegemaran kami suami isteri borong baju anak-anak untuk pakaian harian atau untuk yang hari raya punya. Borong kat GM Klang ne lain macam dia punya spirit pasal terlalu banyak Pilihan, bold siap!! nak suruh berpinau bijik mata ne meneropong baju anak-anak, baby, bahaha.... Hingga saiz baju untuk bayi pramatang pun ada tau kat GM klang tu, jangan main-main, sebab tu kitaorang laki bini memang syok shopping kat situ. Memang berbaloi membeli, pandai cari, pandai tawar, memanglah ternyata puas hati....behehe.

cc pic:www.ikuzobaby.com

Sanggup tawaf semua kedai yang ada, sebab kita boleh buat pilihan. Tapi, banyak tapinya kalau nak datang sini memang kena datang awal, atau pergi hari weekdays, kalau tak memang pening ramai sangat orang. Biasa kalau kitaorang pergi sana wajib pepagi lagi dalam pukul 10 pagi, orang pun still tak crowded, nak memilih pun senang hati. Selain pakaian anak-anak, pakaian untuk mak-mak pun banyak, juling bijik mata nak beli..siap TOP yg ZARA pun boleh harga borong..tu yang best kat sini, memang wajib menabung dululah kalau berniat nak pergi situ, barulah puas hati membeli...kikiki, ok lah tu je nak cerita memandangkan ramai jugak yang dapat first baby tahun ne, membelilah dengan bijak. Orang yang tak pentingkan jenama should go this place for hunting your stuffs, ooh dan kebanyakannya kat sini semua stylo fashion baby stuff.. okei...daaa

3.08.2015

Rindu Bertamu di Blog Sendiri ~ Rindu Mengarang Entri

Hmm, lama tak membebel di laman sendiri..nak kata tak sempat takdelah sangat, nak kata takde idea maybe yelah jugak..mungkin lebih kearah mood sendiri sebenarnya. kalau ikutkan tiap-tiap hari nak karang cerita, kehidupan, pengalaman dan macam-macam lagi.  Since anak-anak tengah aktif lebih ne memang kena pandai-pandai cari masa sendiri. Ikutkan jadual harian nak kata pack maybe ye, maklumlah kadang-kadang sampai tak ingat makan....behehe, yes!!memang rindu nak mengarang dan menulis..sebabnya ia salah satu terapi diri. Sehari-hari mengadap kebahagiaan ne, banyak nak berkongsi rasa..membesarkan anak-anak memang pengalaman berbeza. Tak sangka dari tak suka budak-budak, haku ada anak sendiri...bahaha, honestly masa suami tahu me bukanlah seorang yang sukakan budak-budak, little bit shock jugakla kan?!! to handle kids bukanlah sesuatu yang menghiburkan hati, alih-alih dah beranak pinak ne, i'm totally different person, dulu kalau bab menyinga dengan budak-budak akulah juaranya..sekarang, ehehe, anak menangis tak sihat, sakit, sikit-sikit dah meruntun perasaan, dan hikmah terbesar tu dapat selepas lahirkan ahmad harraz bekas bayi pra-matang. Pengalaman dalam perjalanan hidup tu betul-betul buat kita jadi different person kan? Apapun moga sentiasa diberi kesempatan untuk memberi manfaat kepada orang lain, mohon maaf buat pembaca yang terasa hati dengan entri-entri kat blog ne selama terawang-awang dilaman maya. Moga ukhuwwah fillah terjalin walaupun hanya di alam maya. Thanks sudi baca blog kita...terharu, k bai. Insyaallah cuba merajinkan diri untuk mengarang.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Lately kerap tersedar dari tidur dan teringatkan someone, walaupun dia tak mengenali kita, i'm always praying for her. Terasa rindu nak jumpa, walaupun hanya sekali je jumpa tu pun masa bersalinkan Ahmad Harraz. Selalu berdoa bila tersedar masa anak nak menyusu supaya Allah beri kekuatan dan kesembuhan buatnya. Always imagine one day, i've visit her and hold her hand dan bisikkan kata-kata semangat buatnya, like "you should wake up dear, your sons missing you so much" "just wake up, i know u wanna do it"..ahh, mulalah terasa sayu mata berair cenggini, the mothers feeling memang dalam hati ada tamanT___T. Kalaulah semudah tu, hanya yang menanggung je yg tahu deritanya. 


Antara salah satu point dalam ebook Hidup Luarbiasa, kita minta orang yg tidak berdosa doakan kita, insyaallah Allah makbulkan Doa kita. Pasti pelikkan?mana ada orang yang tidak berdosa atas dunia ne, contohnya begini lah, kita tidak mengenali seseorang itu dan seseorang itu pun tidak mengenali kita, maka tiada lagi dosa antara kita dan dia..maka kita DOA kanlah dia seikhlas hati dan yakin suatu hari Allah akan makbulkan DOA kita. Melalui pembacaan pun dah banyak merubah perspektif dan persepsi hidup kita kan? May Allah bless you always sis, moga Allah pertemukan kita disuatu hari nanti, didunia yg fana atau akhirat yg PASTI, hanya Allah yg tahu. Pelik kasih sayang ne kan..

3.06.2015

Tukang Jahit Penipu Tempah Baju Raya dan ON

korang pernah terkena tak kena tipu kat tukang jahit?alhamdulillah, me tak pernah pulak, tapiii tukang jahit tak tepati janji dahhhh pernah banyak kali...ehh, tu bukan dalam kategori menipu jugaklah kan?errr..for me, biarlah dikatakan tukang jahit tak pandai tepati janji bukan menipu...hahah, punya berbelit...kenalah sopan ok, tukang jahit pun manusia jugak, melainkan tukang jahit tu buat kerja ambil kain kita buat pekasam tak bagi balik takpun terambil dengan deposit lagi. Hmm..my experience jahit baju adik beradik for my wedding event, hantar awal tahun, kahwin hujung tahun, 3months after baru tukang Jahit call cakap baju dah siap, events dah lepas pun siap detect mengandung dah pengantin, baju dayang2 baru siap?! Sampaikan diri sendiri dah terlupa baju apa, baju yang mana..kesiankan? Behehe..tu dah kira tukang Jahit favourite dari zaman sekolah tu. Bila last sekali jadi macam tu beli yang readymade lagi berbaloi kan? Nasib baik baju nikah sempat siap kalau tak nangis tak berlagu lah kita...apapun that sweet memory kan kalau tak mana nak ingat...Hahah:-p



Kalau ikutkan bakat sendiri menjahit memang takde tapi minat nak belajar Jahit sebab ilmu jahitan adalah ilmu kemandirian diri. Macam ilmu memasak. Kalau ikut kan memang tak suka bab masak tapi lama2 memang jatuh cinta tambah pula masak untuk suami dan keluarga. Bila bab menjahit, yes memang nak sangat pandai menjahit sebab niat nak jahit sendiri baju yang kita pakai apalagi kalau boleh jahitkan baju untuk anak-anak dan suami pakai, lagilah rasa bangga kan. Niat nak belajar menjahit sebab nak guna ilmu tu untuk kepuasan diri sendiri. Tapi malangnya punyalah bagus dah  dah tu niat, bila mesin buat hal, tali benang tersimpul2 je, terus rasa give up sebab tak tahu nak handle macam mane jarum dan benang. adoii, pening mak tengok kain melambak-lambak tapi berjahitnya tidak...nak mengadap mesin jahit buat hal memang kena banyak sabar...grrr, walaupun teringin nak tekan pedal menjahit, tapi bab benang bersimpul memang buat hati panas!!anyone help me, macam mana nak buat bila jahit benang jadi setimbun kat bahagian bawah kain, kat manalah kena adjust sebenarnya, pening hoiii!!benang mesin bersimpul pun boleh jadi entri kan?bahaha, baru berangan nak buat entri DIY, sabo jelah.. ok bai...



**err, korang dah tempah ke baju raya? agak2 terima lagi tak sekarang? 
yang penting PUASA dah habis ganti ke?heheh