Pages

Pages

12.31.2014

Cabaran 21 hari & Hijrah

Sedar tak sedar tahun sudah berganti esok...Allah, musibah dipenghujung tahun 2014 betul-betul membuatkan diri dah terlupa tarikh, hihuuu...banyak pengajaran dan ikhtibar diambil buat pedoman dan sempadan melangkah ke tahun baru 2015 yang hebat. Kembali membelek diari kesyukuran, betapa bertuahnya kerana memiliki segala nikmatNYA..alhamdulillah. Dan apa yang berlaku sepanjang 2014 sememangnya buat diri bertekad berhijrah hati di tahun 2015. Moga setiap jajahan daerah hati diperbaiki dan diperbaharui dengan istiqamah, insyaallah amin.
untuk mengubah diri sendiri bukan perkara mudah..bak kata orang kalau dah sifat perangai kita memang payah nak ubah melainkan kita betul2 bertekad nak berubah..21 days challenging myself to improved my new me bukan perkara mudah tapi memang xsusah asalkan ada kemahuan dan usaha serta yang paling utama yakin denganNYA.. Sekurangnya dari yang suku kepada separuh pun dah okay banyak dan berterusan. Hmm macam ucapan anugerah pulak. Just a  few word for pre-new entry in a new year!hihi May Allah bless the great journey in 2015!insyaallah amin! Daa..

12.24.2014

Bencana Banjir 2014 #Pray for Pantai Timur

penghujung 2014 bakal menutup tirai dengan ujian dari Allah dengan bencana banjir yang luarbiasa dipantai timur...kejadian bah zaman sekarang tak sama dengan yang dahulu..nampaknya musibah yang melanda negara malaysia ibarat jatuh ditimpa tangga terutamanya dari sisi rakyat marhaen, macam ayat baca berita pulak pendahuluan entri kali ni... selepas tragedi berturut2 sepanjang 2014, dan 2015 bakal menyesakkan lagi kehidupan rakyat marhaen macam haku ne...ya Allah kumohon lindungilah rakyat pantai timur dari musibah banjir..T_T. risaunya hati memikirkan keluarga dikelantan..walaupun musim bah menambah rezeki dalam masa yang sama ia menguji mangsa2 yang kehilangan harta benda, tempat tinggal bahkan juga nyawa...for this year, what happen betul2 menguji rakyat pantai timur sebab nampak gaya macam luarbiasa banjir kali ni..mohon doa dan bertabah kita semua akan ujian Allah taala..risaunya hati hanya Allah yang tahu...ikutkan nak je balik kampung, tapi hanya mampu mendoakan semuanya selamat dari kejauhan..huhu


kenangan bah 2004 masih terpahat dalam memori, dalam 4, 5 pagi kitaorang sekeluarga dari rumah mak minah (nenda)  terpaksa balik rumah sebabnya air bendang dah naik, waktu tu pun rumah mak minah dah hampir separuh tenggelam sebabnya rumah mak minah tepi sungai kelantan, turun ikut tingkap rumah nak naik sampan, menyusuri air bah dengan bah didalam keadaan gelap, senyap sunyi memang tak boleh mentafsirkan bagaimana perasaan masa tu, macam2 fikir, sampan masuk air lah..suasana sunyi gelap dan kawasan sekeliling ibarat lautan memang menakutkan, dan menggetarkan jiwa dan perasaan..allahurabbi, tak tergambar peristiwa Nabi Nuh bagaimana dasyatnya bumi ditelan air sehingga gunung ganang tak mampu menyelamatkan manusia yang membelakangkan Allah..ya Allah jika ini caranya engkau menyucikan segala kotoran akibat tangan dan nafsu serakah manusia dibumi MU kami redha dan tabahkan hati kami dalam menerima ujianMU..hanya berharap pertolongan dari ALLAH supaya hujan berhenti dan air sungai surut..sedihnya hati memikirkan mangsa banjir yang kelaparan dan bersabung nyawa menyelamatkan diri, hanya Allah yang tahu...

12.23.2014

Putu Halba & Ikan Puyu

hmm...musim hujan memang menggamit memori silam...dalam memori musim hujanlah paling disukai, sebab boleh makan sedap-sedap, boleh tidur selenanya dengan cuaca sejuk, yang penting boleh main hujan dengan sengaja. Kadang-kadang rasa nak ajak anak-anak mandi hujan, nak diorang rasanya how enjoy and how feeling to have fun in rainy day..tapi hujan sekarang tak sama dengan hujan dulu, sebabnya hujan sekarang bertoksik, tak suci macam dulu..hurm, kalau ada kesempatan balik kampung dan hujan masih turun, nak sekali ajak anak dan sengaja basahkan diorang dengan air hujan..kat kampung udara pun masih terjamin bersih, buktinya ahmad harraz pernah selsema batuk dan kebetulan waktu tu nak balik kampung, duduk dikampung beberapa hari alhamdulillah terus sihat dengan izin Allah. i'm so agreed dengan doc. ahmad, homeopathy expert...salah satu punca penyakit kita dari udara yang terlalu kotor, persekitaran kita dah terlalu rosak dek tangan manusia.
Musim hujan ne mulalah tekak nak makan putu halba, ikan puyu sepat goreng garing gaul nasi panas2 dengan sambal pedas kering...perghhh!! Memang bertambah-tambah makannya. Lepas makan sambung tido berselimutkan toto pulak. Bukan toto nombor tikam2 ye-_-". Zaman kanak-kanak zaman the best sebab asyik fikir main dan berseronok je. Kalau musim hujan memang musim yang ditunggu-tunggu. I'm little bit boyish dan ganas sikit masa zaman kanak-kanak. Juara panjat pokok, juara main besbol kaki tiga dan juara singa betina sebab garang bahaha:p. Musim hujan laju je turun main hujan, kena marah belakang kira asal boleh basah bermandi hujan...masa ne sibukla dengan sepupu sepapat pergi ke baruh kutip siput sedut nga mancing/memukat ikan darat. Sibuk jugak mengukur bila air sungai nak naik, sehari 4 5 kali sehari pergi ke baruh pergi check air dan naik takat mana, kalau dari rumah tengok air dah memutih naik terus rasa melonjak2 gembira perasaan..tak sabar nak main banjir..kalu air banjir tak sempat naik kat kawasan rumah, sengajakan diri pergi ke Padang/ baruh kes nak selam kaki bagi kena jugak air banjir..behehe:B
Biasanya hari pertama air naik tak berani lagi nak main banjir sebabnya air banjir still Kotor dan bermacam binatang besar kecik tengah sibuk menyelamatkan diri like lintah lipan dan macam2 lagi. Air dah tinggi banyak sikit dan lebih bersih baru kitaorang ramai2 terjun main air. Bahagian mak ayah pulak sibuk kemas itu ini selamatkan barang2. Mak pun memang sibuklah kena rajin2 kan diri masuk dapur pasal seisi rumah asyik lapar je manjang kan?!. Lepas tu bila banjir dah reda pun rasa seronok jugak sebab kena cuci lantai dinding rumah sambil main air. Kenangan musim hujan memang menyeronokkan dan kenangan itu akan terpahat di memori sepanjang hayat. Insyaallah..daaa