Pages

Pages

4.28.2014

Pengantin Buat Loan

errr, macam tak kena pulak tajuk...soal wanita ne boleh tak cari words yang lebih sopan dan santun..pengisiannya dah bagus dah, so macam mana yang sepatutnya?i think pengantin sederhana or jimat much better..tajuk perbincangan betul-betul buat i terasa ok..me pun tergolong dalam pengantin berjimat cermat, tapi takdelah tahap pokai...huhu, disebabkan kita dah ada matlamat selepas kahwin tu nak kehidupan macam mana...so prepare dan bajet apa yang patut untuk selepas kahwin, nak kahwin pun rezeki mencurah-curah datang, dah kahwin lagilah, alhamdulillah..insyaallah kalau kita niat betul kahwin untuk apa, Allah permudahkan segala urusan dan kehidupan kita, susah tu ada tapi mana mungkin seronok hidup tanpa ujian Allah, ujian Allah menguatkan kita, menyabarkan kita, membentuk dan mengubah diri kita, bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah bagi ujian, sekurangnya kita tahu Allah tetap ada walau bagaimana diri kita, Allah bagi ujian sebab sayang kita...wahh, bermadah pujangga pulak dah...bersangka baiklah dengan Allah=))
so yang nak kahwin tu betulkan niat, nak kahwin bukan nak seronok-seronok sesaja, apapun kena beringatlah, belanja nak kahwin memang teruja, tapi jangan sampai kita pokai lepas kahwin, nak nak pulak tetiba Allah bagi rezeki anak awal..duit sekarang memang penting, takde duit apapun tak jalan..prepare lebih bajet untuk perkara lepas kahwin, susah senang lepas kahwin kita tak tahu, so preparelah awal-awal apa yang patut..apapun bersederhanalah dalam apa jua ketika..teringat pulak masa kahwin, ayahanda tanya berkali-kali betul ke tak nak amik upah hias bilik sekali?betul ke nak amik pelamin je, bukan hape my ayahanda takut tak berlaku adil, tapi me sendiri memang tak nak, just hias sendiri2, pelamin pun nasib baik ada..tu pun dah bersyukur sangat..hee, apapun kenangan waktu kahwin sangat manis walaupun sesimple mana kita buat..Allahurabbi, nikmat yang Allah bagi bukan sedikit jika kita berasa cukup dengan apa yang kita ada.. apapun pokai masa kahwin takpe, jangan pokai lepas kahwin, makan megi seminggu dua takpe lagi, tapi kalau sebulan dop ulang makan yang sama, makan pelempang jawabnya..nak kahwin bukan sehari dua, maka sediakan payung sebelum hujan, lagi bagus dapat sediakan khemah, hidup lepas kahwin pun tenang senang tak fikir hutang majlis kahwin..bertanggungjawablah kita wahai suami isteri atas hubungan halal yang dibina, insyaallah Allah permudah urusan rumahtangga kita..daa

4.21.2014

Potong Rambut Sendiri

wallla...dah lama sangat tak menulis dialam maya ne...tambah-tambah semenjak pandai berinstagram, sendi jari jemari chomell ne serba jadi pemalas...kahkah...asyik asyik scheduled entry je..itu jelah mampu!! memang perasan since dah ramai blogger beraliharah ke instagram..terus senyap sepi blog..macam i la oulss...hahah..malam memang wajibun tidur awal, maklumlah tidurkan anak, ngan maknye sekali lelap terus...tambah pulak dah ada fakta baru wanita kena lebih tidur...tak sia-sia waktu bujang dulu haku kuat tidur, waktu mak-mak ne dah potong sikit time tidur..alhamdulillah masih mencukupi walaupun kadang-kadang tahap rabak mata tu ada..kihkih..jangan haraplah nak dapat banyak tidur bila dah beranak pinak ni weii...apapun bersyukurlah...mihmih. Lagi satu bila dah jadi mak orang ne jagalah kesihatan ye..kalau tak haru satu rumah kalau dah maknye tak sihat..ibarat tengkuk(isteri) sakit, kepala(suami) pun sakit jugak...dah tu dapat bebelan sebakul darab sebakul khas dari mak dicinta dan suami dicinta kes demam urat sebab minum ais banyak sangat...kahkah, ini orang panggil sendiri cari penyakit...-.-"
apapun nikmat sihat tak dapat dinilai dengan wang ringgit...harus beringatlah , orang lain berpantang setahun dari minum ais kita plak pantang nengok ais, terus mendapat demam urat-.-'...

Apapun, disebabkan kesibukan urusan rumah tangga, mahkota yang satu ne tak sempat nak diuruskan..haku kadang-kadang berangan bestnye kalau suami sendiri boleh potongkan rambut isteri...tapi tak payahlah berangan macam cinderella ataupun bak rapunzel..less expectation is more about happiness, takdelah kita berharap yang bukan-bukan dengan suami..sekurang-kurangnya takdelah nanti suami dah tolong potongkan rambut kau plak sibuk komen kritik tak cantik, tak puas hati...last-last makan diri...habis cerita, so kita tak payah merumitkan situasi, kita cuba mudah-mudahkan...gitu, so after get a permission, terus potong, wahh tak tersangka pulak ada keberanian potong rambut sendiri...sebelum ne tak pernah pulak ada perasaan cuba nak potong sendiri, so after this takde masalah dah, cuma part kemaskan tu kena mitak tolong suami jugak...hihi..itu jelah nak cerita..kbye...daaa


4.07.2014

Kisah di Wad Timur Belakang

Sangat tak best nak menaip kenangan-kenangan tak berapa best buat jadi entri, tapi memandangkan my memory sangat lah tak bagus bab -bab mengingat perkara-perkara yang berlaku untuk beberapa tahun yang lepas, even tarikh haku nikah pun buatnya confius bila nurse tanya masa nak bukak buku merah, so i think i need to write the story, even story yang pahit for myself maybe jadi kenangan manis dikemudian hari..insyaallah..

Amat trauma, fobia dan semaksud dengannya untuk mengingatkan kembali pengalaman bersalinkan ahmad harraz dan ahmad haddad, namun sepahit-pahit pengalaman sendiri, pahit lagi pengalaman orang lain...huhu. Tak dinafikan haku cukup takut untuk mendengar bunyi-bunyian dari mesin ventilator, bunyi mesin hayat dan bau-bauan dari bilik NICU dan bilik pembedahan, masih terbayang-bayang, masih terdengar-dengar benda yang paling tak nak dengar...how could i describe about it in details...payah dan tak kuat untuk melaluinya sekali lagi...walaupun dah mengalami dua kelahiran yang berbeza dan pengalaman yang berbeza dan pengalaman tersebut sangat meninggalkan kesan mendalam buat emosi dan mental.. tu pun tak tahu nak describe macam mana, hanya Allah yang tahu, so this entry just bagitahu yang lite-lite jelah, yang mana mampu dicoret je sebagai sebahagian memori pengalaman lalu..

Kelahiran ahmad harraz memang dinanti-nantikan, tapi bukan dengan begitu situasinya, without proper preparation and so on. Namun perancangan Allah, semuanya berhikmah, aku redha. Selepas kehilangan my first nephew, what happen sangat mengganggu my emotions. Terasa sedih, dan sebagainya..and at the same time my family diuji dengan kelahiran yang tiba-tiba from me, tidak terjangka dan sebegitu keadaannya. Walaupun tak nak, i've too going through..got a prem baby such not an easy situation, bermulalah episod berulang alik ke wad NICU, sangat bersyukur kerana keadaan Ahmad Harraz boleh dikatakan sangat baik nasibnya berbanding nasib baby lain yang terlalu sangat menyedihkan dan menderitakan hati seorang ibu untuk melihat how tough their baby survive to live. Yaa, melihatkan situasi itulah yang buat diri rasa tak mampu, apatah lagi kalau begitu yang dilalui oleh anak sendiri..Aku menangis setiap kali ke NICU sebab tengok how hard the others babies strive to get better condition, dan aku menangis kerana ahmad harraz tak perlu melalui episod pembedahan itu dan ini. Dari fasa NICU 1 ke NICU 2 hingga ke ke wad Timur Belakang, kisah di wad akhir inilah yang betul-betul buat aku fobia hingga sekarang. even though tak semua aku cerita sikit pun jadilah. Biasanya prem babies akan lalui saat blood tranfusion, tapi disebabkan bodohnya aku, i make it happen, disebabkan tidak berserah dan berfikir mendalam dan membuat keputusan betul aku benarkan ia berlaku. Sepatutnya in body Ahmad Harraz hanya darah me dan hubby but i make the others blood unknown from where and who transfer to my son. For me that a big issue, i blame myself kenapa tak tanya doctor details that time, and offer my blood or related family to transfer to my son..yess, indeed i blame my self for that to not ask anything, at that time i really blurr for what happen, just follow what they say without any question, argue,suggestion...really big mistake from me as mother..T_T. 

Yang paling tak boleh dilupakan hari i expect ahmad harraz, at that time i rooming in with ahmad harraz about 5days, memandang berat ahmad harraz dikira dah boleh agak bila boleh keluar, about 1.9kg his weight ditimbang 3 hari sebelumnya, so i think that precious saturday really good day to check-out from five star hotel read hospital...hee, tapi Allah nak uji, lepas mandikan ahmad harraz, dan timbang berat, his weight turn out decrease about 600gram...jadi 1.3kg, terus dah boleh agak tak boleh keluar that saturday...that time memang frust, kecewa, sedih, lost hope dan terasa failed as mother...the doctor and nurses calmed me, they said pelik jugak sedang kanggaro care treatment, and rooming in sangat membantu ahmad harraz naikkan weight selama ne, drop banyak pula tu..that day, day that i expect we will going home, something like that happen, menangis telefon hubby and family yang sudah ternanti-nanti dan tidak sabar menunggu kepulangan cucu sulung instead of cucu kedua (my family) dan cucu ke-7 (in law's family)...semua orang frust dan kecewa especially me..T_T. tak boleh nak ingat balik how sad that situation..huu, so about to afternoon, nurse timbang balik ahmad harraz after feeding and sleep for a while..dan mengejutkan berat ahmad harraz jadi 2kg...haku menangis tak keruan, sebab macam tak percaya..maybe allah nak uji kan..tok ayahnya pun cakap macam tu...hee, kes penimbang tu sangat tak lawak..mybe my hope terlalu tinggi...so selepas selesaikan prosedur keluar wad, on that hari ke 48 ahmad harraz dah balik rumah...hiii, syukur alhamdulillah.

So, masa ahmad haddad lahir tunggu anakanda kat rumah je, sebab umi dan tok ayah ahmad haddad pergi jemput ahmad haddad balik kat wad timur belakang.  bukan tak nak diri sendiri pergi jemput, trauma satu, dan kebetulan jahitan kat bawah still sangat sakit untuk bergerak banyak..yang lucunya sampai nurse kat wad telefon bagitahu anak dah boleh keluar, suruh datang ambil petang tu...sebab memang tak expect keluar seawal tu..kalau yang ahmad harraz setiap hari haku tanya potential ahmad harraz nak keluar wad bila, kekerapan tanya tu dah boleh tahap doktor bagi pelempang kat haku...haha. That's why ahmad harraz dan ahmad haddad sangat independent dan kental sebab dua-dua dah masuk asrama sejak baby lagi-.-''...love you both. Terima kasih atas ujian yang Allah berikan buat aku sekeluarga, sekarang baru nampak hikmahnya...alhamdulillah...daaa

Punca & Tips Anak Buat Perangai/ Tantrum

Pernah tak kita fikir apehal anak haku buat perangai ne? !!perasaan marah meluap-luap dalam hati tambah pula kita dah penat, letih dengan urusan seharian...kadang-kadang kesabaran ada hadnya...alhamdulillah walaupun karenah anak-anak cukup mencabar kesabaran diri, tetap boleh sabar dan isnyaallah moga Allah beri kekuatan, kesabaran dalam membesarkan anak-anak yang serba mencabar diakhir zaman ne..dalam pada tu mendidik juga diri bersabar, huu...pesanan mak ayah tetap tersemat dihati masa dah nak balik rumah sendiri lepas habis pantang ahmad haddad..."balik duduk jaga anak nanti jangan sampai naik tangan kaki kat anak walaupun marah serabut setakat mana pun, kena banyak bersabarlah dengan karenah anak-anak"...lebih kurang gitulah pesan mak ayah kita, yelah bila anak dah masuk dua, sama-sama nak perhatian sedikit sebanyak mencabar kesabaran kita...

Dari pengalaman sendiri punca utama tunjuk perasaan sebab tak dapat perhatian...yes, exactly..anak2 akan cuba sedaya membuat pelbagai karenah untuk menarik dan mendapatkan perhatian kita...like Ahmad Harraz sangat pantang tengok mamanya mengadap laptop, like he know the 'laptop' will take my attention more than him, so dengan mantapnya anak haku terus off suis wireless dan laptop, habis cerita..maklumlah plug dinding kat bawah, memang senanglah ahmad harraz buat kerja..huu-.-". satu lagi, kalau dia perasan perhatian me kepada adiknya more than him, mulalah bunyi hekk hekk hekk sambil berguling-guling . Lagi yang nampak obvious ahmad harraz dah pandai tunjuk perangai bila kehendak dan keinginan dia dihalang...like main benda yang boleh membahayakannya, or larang dia pukul adiknya..mulalah dia hentak kaki, takpun masuk dalam bilik menyorok belakang penyangkut pakaian, takpun berguling-guling kat lantai..yes, indeed semua reaksi marah ahmad harraz dia dah pandai tunjuk..so apa yang boleh kita buat?!! Alih perhatiannya...yaa, cara ini sangat berkesan!untuk ahmad harrazlah, lain budak lain treatnya kan..biasa kalau ahmad harraz buat perangai macam tu, terus tanya either dia lapar?nak makan apa? nak tidur ke?nak mandi ke?biasa ahmad harraz akan terus ke dapur tunjuk apa dia nak, then terus ok..kalau nak mandi terus ke bilik tunjuk bilik mandi...macam tulah biasanya..

Salah satu punca lain ahmad harraz dan ahmad haddad juga buat perangai, tak cukup tidur... yerr, bila anak tak cukup tidur dan tak dapat rehat sepenuhnya, memang keduanya meragam, menangis bersungguh, semua serba tak kena...huu-.-'. kadang-kadang tidur elok-elok, bangun menangis sebabnya tak puas tidur...so apa yang me buat, ajak diorang mandi..alhamdulillah, cara macam tu sangat berkesan, walaupun diorang akan jadi segar bugar balik lepas mandi, dan tak jadi nak tidur dah, tapi sekurang-kurangnya their intention to tantrum gone, happy main then seterusnya ajak minum susu then diorang akan tidur kalau penat main..Actually kalau nak disenaraikan punca anak buat perangai, banyak puncanya macam makpak tak faham apa yang nak disampaikan anak, kadang-kadang anak-anak nak bagitahu something tapi kita faham bahasa diorang, so tak sampai maksudnya.. pun boleh buat anak marah dan tunjuk perangai..Cara asuhan pun boleh jadi punca anak tunjuk perangai either terlalu dimanjakan atau tak konsisten...kadang-kadang cakap boleh pastu lainkali tak boleh pulak..kadang-kadang semua bagi je, sekali kali ni tak boleh bagi pulak apa yang diorang nak..Fobia pun boleh jadi jugak anak buat perangai, bila anak diperlakukan atau tengok perkara yang boleh menjejaskan emosinya...anak-anak ne kita jangan expect tak faham dengan situation yang berlaku kat sekelilingnya, they're sponge okei, jangan main-main...huhu
gambar contoh anakanda..heee
So how to handle this?!we need to control their tantrum, i believe setiap anak-anak akan mengalami fasa ne, cuma bagaimana kita as parent nak control tahap tantrum tu? nak lite-lite je ke, atau tantrum yang tak boleh dikawal langsung. Actually haku pun tak pandai dalam bab-bab ne, apa yang dicatatkan hanya berdasarkan pengalaman sendiri dengan anak-anak, pemerhatian terhadap kelakuan anak-anak sendiri... mungkin kita boleh control tahap tantrum anak supaya ianya tidak melarat dan terbawa-bawa sehingga mereka membesar, it's not good...my experienced and tips, if one of them menangis dan mula tunjuk perangai, me takkan biarkan anak menangis sampai hilang suara dan biarkan diorang tunjuk perangai dalam masa yang terlalu lama....yess, indeed, boleh nak dengar mereka menangis tapi jangan dalam tempoh yang lama, please immediate!!. jangan sampai anak buat perangai, mengamuk, menangis lastly dia tidur dengan tangisan, penat dengan tangisan dan terdiam dengan sendiri, big no!! biasa Ahmad harraz me biarkan jugak dia menangis seminit dua, then ambil dukung dan tanya apa dia nak? basuh muka, kalau menangis juga still tanya tapi bukan mendesak, tanya dia nak makan ke?lapar? atau make a choice nak makan biskut atau buah? biasanya my treat memang menjadi, dia akan diam sekejap then ahmad harraz akan tunjuk sendiri mana dia nak...then dah lupa dah yang dia menangis-nangis tadi..Believed me, kalau kita sendiri biarkan anak menangis dalam tempoh yang lama, tanpa memujuk dan menenangkannya ia akan jadi habit anak..yes habit..jangan main-main, ne bukan cakap sesaja ok..nak pujuk pun bukan main pujuk je, tapi pujuk biar kena cara, cara mendesak, cara memaksa sangat salah..-.-". emosi seorang anak kecil yang baru nak mengenal dunia tak boleh dijangka. kadang-kadang ada anak yang memang sukar nak alih perhatian, kalau dah mengamuk buatlah apapun, tak jadi...haa, ne yang payah, sebabnya should refer my paragraph kat atas balik punca..jumpa tak? yerr, mari muhasabah balik, masa mula2 anak-anak dah pandai tunjuk emosi, kita perasan tak apa yang kita buat, biarkan?buat tak tahu?pujuk ke tak? segera ke tak?alert ke tak? tu sebab me cakap ia akan jadi habit anak kalau dah dari awal kita ajar macam tu...kalau kita tak alert dan control dari awal..it may happen..huu

By the way, we as parent don't have to expect a perfectionism from our kiddos, mereka baru nak mengenal dunia, nak explore benda baru...kadang-kadang kita akan rasa gagal, frust, sedih, kecewa dan sebagainya sebabnya kita mengharapkan sesuatu yang mengikut citarasa, kehendak dan keinginan untuk-anak buat, ikut...kita parents jugak kena banyak cari ilmu, yup ilmu dari mak ayah kita, ilmu dari pengalaman ibu bapa yang terdahulu, sangat banyak sumber yang kita boleh cari tentang ilmu kekeluargaan dan keibubapaan, nak dengan tak nak aje, cari saja pun tak boleh juga, cuba praktis..haku pun dalam kategori ibubapa yang baru bertatih dalam dunia kekeluargaan, nak mendidik anak bukan senang dan bukan perkara rumit...asal ada matlamat, usaha insyaallah Allah mudahkan urusan kita...appaun, this entry i share from my experienced..lain orang lain caranya, apapun moga kita berusaha lebih dan berusaha sebaik mungkin dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Layanilah anak-anak kita sebaik mungkin kerana kita tidak tahu selama mana Allah pinjamkan mereka, dan Allah berikan nikmat memiliki anak kepada kita...insyaallah...daa