Pages

Pages

3.31.2014

Expecting Again?

Tarikh 21/2/2014, 9.00 malam

Tak tahu nak taip macam mana nak describekan apa yang dirasakan sekarang..payah mencari ayat sesuai..apapun yang aku tahu, aku terlalu bersyukur dengan berita yang diterima dengan hati yang terbuka dan redha...walaupun pada mulanya terlalu berat hati dan perasaan menerima berita yang bukan terlalu mengejutkan aku suami isteri...namun aku cuba positifkan diri, set balik emosi fizikal dan yang penting mental untuk hadapi perubahan mendatang..terlintas kat fikiran kenapa boleh jadi macam ne? rasa tak mampu dan tak bersedia lagi, dengan berserabutnya fikiran memikirkan risiko yang dah disenaraikan doktor akan berlaku dalam masa terdekat jika ia terjadi lagi..menangis tak keruanT_T..err, apebenda lah sebenarnya ni kan?

Actually sudah 5 ke 6 hari dah terlewat ambil suntikan perancang, lagipun takdelah bimbang sangat bila doktor dah cakap tak mengapa lewat less than 2weeks, ubat masih berkesan..but not for me rupanya-.-Bila ke klinik  nak sambung cucuk..staff tanya" ikut tarikh ke dah lepas tarikh"..."err dah lepas 5 hari" so staff tu suh bagi sampel urine..alamak aii, masa tu dah berdebar sakan, terdetik dalam hati"takkan kot"ok...apa-apa bagi sampel dulu...then staff tu pergi bilik air dengan UPT test, then keluar dengan muka senyum-senyum simpul dan gembira sekali, atau super excitednya..boleh imagine tak  ...me and hubby saling berpandangan..dan me terus "entah-entah positif kot?bukan main lagi suka staff tu"...apatah lagi masa masuk klinik tu tanya "kembar ke kak??" refer dua orang budak comel tu...aaa, sudah, en.azham pun cakap...''tak tahulah, mungkin kot, nanti tengok doktor cakap apa"...haku terus buat dialog masuk bilik doktor nanti "tahniah puan!result positif ye" sambil gelak-gelak then cakap, harap-harap tak sebab tak sedia lagi ne nak mengandung balik..confident cakap kat en.azham...tak lama, my name appear kat skrin then terus masuk..dan seperti yang tidak dijangka kononnya!! even dah buat dialog siap-siap kat luar tadi dengan en.azham..the doctor says likely what i'm bubbled, ya Allah, terus terketar-ketar kepala lutut haku, diantara terkejut, terkejut dan terkejut lagi....tak semena-mena haku menangis sambil pegang tangan doktor.."are you confirm doctor?????!""Yes, mengikut result UPT ne" kenapa?awak tak expect mengandung lagi?" then i cerita details my experience, the risk and blaa blaa..."saya bukan tak nak mengandung lagi, tapi this time i tak ready lagi  doktor" then the doctor said..."erm, nak buat macam mane, awak dalam kategori subur, dan saya pun terkejut jugak sebab jarang yang ambil suntikan jadi macam ne. mari kita muhasabah, mungkin kali ne Allah nak bagi hadiah, sebelum ne dua anak lelaki, mana tahu kali ne Allah nak bagi perempuan, bagi kawan dekat mama dia". Panjang lebar doktor tu menenangkan haku yang tak keruan.Then haku luah apa yang terbuku tentang risiko mengandung lagi.. the doctor says, itu mengikut medical experienced, the risk may happen..tapi kita doa banyak-banyak, then kita tak tahu perancangan Allah, maybe this time pregnancy everything will fine even the doctor list the risk, tapi no such risk happen, risk yang dilist supaya the doctors yang treat awak sebelum boleh buat preparation bla...blaa.."awak positifkan balik your mental, physcal and emotion to accept this and going trough this pregnancy with positive".."insyaallah, Allah takkan membebankan hambanya, perancangan DIA maha hebat, awak dikira bertuah sebab tanpa banyak usaha Allah bagi anak..cuba tengok orang yang Allah nak uji, berhabis ribuan duit, usaha situ sini bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada hikmah semua ne, sekarang tak nampak, tapi nanti-nanti awak akan tahu apa hikmahnya. Nanti discuss dengan suami and how to prepare for this pregnancy"...haku terdiam seribu bahasaT.T..Then after a session, doctor give me 2 weeks after to do ultrasound to double confirm about it, kalau nak scan sekarang maybe tak nampak sebab mungkin masih awal sangat..

Keluar je bilik, en.azham dah cuak tengok mata haku sembab lepas nangis, tanya kenapa? me cakap "positifla, i'm not ready yet, but i accept that cuma kena positifkan balik semua yang dah fikir sebelum ne" Sebelum balik, the staff give me another UPT test to test again at home, cuak staff tu sebab tertengok me menangis beria-beria kat Dr.Azmah...hihi, so dalam kereta banyak jugakla sembang..."asyik patutla", "patutla macam", segala detik, segala macam, segala rasa-rasa, keluar habis cerita me and en.azham..huu, so how?tunggu double confirm dulu, tak boleh excited sangat, hihi...sambung nantilah cerita ye....daaaa

3.23.2014

Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan

Actually sengaja pilih hotel ne untuk menginap, saje nak mengimbau masa sweet honeymoon lepas nikah hampir 3 tahun lepas..hehe-.-"...masa tu tengah mengandungkan ahmad harraz dan masih diawal kandungan, kira mood honeymoon pun tak berapa best sebab asyik moody aje..tak rasa macam honeymoon pun..hehe.. sekarang dah bawak dua baby untuk babymoon...tak tersangka sungguh, rasa macam mimpi aje..rasanya kali ne memang seronok sangat...kalau ikutkan kitaorang dah book online bilik deluxe dengan harga diskaun, sekali masa sampai hotel tengok tempat parking dah full sangat...masa nak check-in, bilik yang kitaorang book tu dah habis rupanya...so disebabkan kesilapan mungkin receptionist tu bagi family room kat kitaorang without any extra charges...hahah, rezeki betul tempah yang $200 dapat yang $600...so kitaorang sangat puashati, dapat bilik yang luas, double single bed dan king size bed...tapi haku takut jugak bilik luas-luas ne...huu...
dua-dua dah tergolek tidur...

So keesokkan paginya kitaorang plan nak ke pantai dan bawa kedua baby mandi kolam after breakfast..breakfast kat sini memang tak sedap, asal boleh makan je syaratnya...syukur jelah...hahah..just dapat 5/10 je dari segi taste...tak variety dan yang paling penting memang tak best..huu

Selesai makan, kitaorang terus ke pantai..Ahmad harraz sangat excited bila tengok pantai dan ombak...sampai terkejar-kejar mengikut ombak...bahaya betul..maklumlah lepas dapat kaki, inilah first time dapat berlari-lari kat pasir pantai...terlalu banyak mende yang dia nak explore..bila bawak nak mandi kolam bukan main paksa mandi, ahmad harraz tak nak..lastly duduk kat tangga kolam, ahmad harraz basahkan kepala dia sendiri dengan kaup air kolam dengan tangannya then basuhkan muka dan kepala..kahkah, punyalah usaha nak basahkan diri, suruh mandi berendam dalam kolam tak nak sampai sudah...rela tu bersusah payah...sudahnya adik dia yang basah lencun mandi air kolam...alahai...anak sulungku, sabar jelah...kalau bawak mandi air pantai confirm ahmad harraz suka kot...
Selepas mandi kolam, naik je bilik, terus je ahmad haddad tidur, manakala yang sulung macam biasa, naik kereta baru nak tidur. Then kitaorang terus check-out untuk selesaikan misi makan ikan bakar &sata kononnya, kalau ikutkan banner ana ikan bakar petai tu pukul 11 pagi dah buka...sekali sampai sana belum buka lagi...frust okei..kempunan nak makan pulut panggang, heh!sabar jelah, kitaorang pusing-pusing kawasan sekitar cari sata, nasib baik kedai mokna buka, so makan ringan-ringan je buat alas perut sebab alang dah nak balik lalu ikut Temerloh, tak sahlah tak pekena ikan patin masak tempoyak, yedakk..kira okeilah tak dapat makan ikan bakar pun...cehh, kengkononnya...-.-".
sampai KL pun dah petang sangat, so kitaorang decide makan nasi arab kat cyberjaya SABA tu and again, pandangan pelik dan sangat obvious dari airmuka tu kan dari orang yang makan situ bila kitaorang dok sibuk melayan anak-anak dan dan tu jugak sibuk nak makan.. pandangan macam "eh, apehal ko ne?nak datang makan bawak anak kecik cenggini? makan kat rumah boleh?"...apapun apedehal dengan pandangan manusia ne, suka hati hakulah kan..asal bahagia sudah..haha...daaaa

3.17.2014

Short Unplanned Travel Kuantan

kalau tak peram lelama cerita, tak best pulak ye...haha, 1 mac baru-baru ne, berkira-kira nak ajak suami gotong royong mengemas rumah ibarat tongkang pecah..sekali, suami ajak "jom kita bercuti nak?"...hah, bab mengejut-terkejut ne bagi suamila, semua nak last minute..tapi unplanned travel memang best, walaupun last minute...dan last minute jugak mengemas rumah bagai..maklumlah ada anak kecil ne waktu-waktu tertentu kena hadap ruang bersepah, pasrah walaupun tak berapa suka...hihi, demi anak weii..adoila..selepas suami balik servis kereta, lunch dan solat terus kitaorang bertolak ke kuantan....rupa-rupanya bukan kitaorang aje nak bercuti, orang lain pun sama, sampai sesak dekat tol...dasyat!!dekat highway pun boleh tahan la kereta..ikutkan nak pergi PD je, tapi nak book hotel sume dah penuh hotel yang memenuhi kriteria kitaorang nak...so taktahulah macam mana sesak PD hujung minggu awal bulan tu.. dalam pukul 3 kitaorang bertolak, sampai kuantan pukul 8 terus check-in...lepas check-in kitaorang terus ke Ana Ikan Bakar Petai, makan malam terus...malas angkut barang masuk bilik, kira sekali harung la nanti lepas balik makan...
Sampai aje kat Ana ikan bakar, punyalah ramai tahap ramai sesangat sampai kena beratur nak duduk makan, takde tempat duduk...nasiblah kitaorang terus keluar makan malam, kalau tak...taktahulah siap makan pukul berapa nanti...so dapatlah tempat makan selepas menunggu beberapa minit...suami ambil sotong dan udang je, sotong buat celup tepung, udang masak butter...memang best sotong celup tepung kat Ana ikan bakar ni, bukan cekodok sotong yang pasti...rangup dan fresh, udang masak butter bolehlah angkat ibu jari tapi takleh nak menandingi kesedapan udang masak butter kat bagan lalang...tak ambil ikan bakar sebab takut membazir tak habis, kononnya esok sempatlah singgah sekali lagi sebelum balik pekena ikan bakar..punyala masa makan tu rasa macam pelik dan segan jugak sebab kebanyakan mata-mata yang memandang semacam banyak persoalan..eh?macam mana nak makan?yang anak sorang pun dah kena bergilir-gilir makan, anak dua, kecik-kecik lagi lagilah kan?tapi alhamdulillah, haku berjaya makan dengan tenangnya sambil menyuap ahmad haddad sambil-sambil bergurau..kononnya nak makan sata, tapi takde rezeki, order tak sampai-sampai disebabkan terlampau banyak permintaan, lambat nak membakar nak menunggu, sampai kitaorang dah habis makan, order tak sampai-sampai jugak...huu, sabar jelah, tapi not badlah kira puas hati dapat makan sotong dengan udang tu sebab fresh sangat dan harga pun sangat berpatutan, macam biasa gambar makan tak menyempat, dah masuk perut...alhamdulillah, tepat pukul 10malam kitaorang dah boleh balik hotel untuk rest...tu pun lena kedua-dua hero kecik otw balik hotel.. daaa

3.13.2014

Pork Free Bermakna Halal kah?

adeii kadang-kadang tak faham lah dengan peniaga pembeli masa kini, main taram je jual, yang pembeli pun satu, main beli je especially kedai makan..nampak orang melayu pergi makan  thats mean halal, mudahnya membuat kesimpulan, sedangkan tuan punyai kedai bukan orang islam, yang tukang masak pun bukan orang islam, tapi takpe 'pork free'...boleh makan...sampai sekarang kedai roti dekat jusco bukit tinggi tu, walaupun ramai yang kata halal me and hubby ragu-ragu bila tengok yang buat rotinya semua chinese/indian/bukan islam...so ada sesiapa boleh sahkan bahan yang diorang guna dalam roti/kek halal kah?...hek elehhh, sibuk je kau, macamlah bahan2 masak kat rumah ko tu halal?...

insyalallah, halal, dan akan berusaha untuk mencari mengguna memakan yang halal..mencari yang halal adalah fardhu bagi kita orang islam...tapi untuk orang melayu, haku tak tahu.. sebab orang melayu zaman sekarang terlebih melayu dari islam...hahah=p. Whatever, jangan pandang remeh bab-bab makan, tapi itulah nampak macam sekarang mudahnya kita buat kesimpulan...ramai orang melayu makan tu halal la kot? pork free lah, boleh je makan...tak terfikirkah kita selain 'pork' tu kalau letak bahan yang mengharamkan, syubhah, meragukan, apa jadi dengan makanan yang kita makan?!entahlah, haku pun tak pandai sangat bab ne, tapi setiap hari mengadap ceramah madrasah al-hijrah bercerita tentang halal haram dalam bab makan minum, haku sendiri terkedu..pasalnya kemungkinan haku sendiri ada yang terlepas pandang, dah termakan dan sebagainya, allahurabbi astaghfirullahal'azim, betapa tidak pekanya haku...hmmm-.-" bila tanya, halal ke weii?eh bukan aku sorang makan sini ok, yang bertudung, melayu lain pun, orang lain pun makan sini jugak!!!waaa, senangnya jawab@.@". Nak makan bukan tentang bahan nya saja...cara masak dan sebagainya tu pun kena amik kira...so what do you think?pork free doesn't means halal rite?...daaa

3.09.2014

Tips Bawa Anak Kecil ke Masjid & Pengalaman Mencemaskan

pengalaman bawa anak kecil ke masjid memang mengujakan...masa ahmad harraz seorang je boleh lagi nak handle, tapi bila dah ada dua ne, err..teruja jugak tapi pengalaman mencemaskan dimasjid buat diri lebih berhati-hati..pengalaman mencemas tu tak pernah pulak rajin nak menaip untuk dikongsi buat pengajaran dan pedoman supaya lebih berhati-hati bila kita ada anak kecil ne..ahmad harraz memang kami dah biasakan bawa dia ke masjid since baby lagi, biasa me letak kat depan supaya lebih khusyuk solat, kalau tak asyikla haku pikir tak pepasal ada orang datang amik budak comel tu masa sujud ke hape kalau letak kat tepi...sudut kat masjid yang sesuai tentulah kat depan sekali dan hujung..rasa selamat sikit nak letak anak..tapi tu lah kan, kita rasa selamat...tapi orang yang dah kreatif buat kerja jahat ne, bermacam cara pulak diorang fikir nak buat jahat...memang buat aku paranoid, lebih paranoid bila dah alami sendiri pengalaman mencemaskan...

so pengalamannya, masa bercuti ke perak awal tahun lepas, me and hubby decide nak solat kat masjid sebab tak nak rush balik ke resort semata nak solat...singgahlah kami ke masjid apa ye, dah lupa dekat kuala kangsar, alaa masjid yang dekat dengan pokok getah tertua sekali tu...so ahmad harraz macam biasa akan duduk temankan ayahnya solat, ahmad haddad pulak with me, semasa nak ambil wudhuk pelik jugak tengok signboard peringatan punya sebesar-besar saiz dekat tempat wudhuk mengingatkan akan peragut, so berdoa dan tawakal supaya ahmad haddad safe on the sofa tepi tempat ambil wudhuk tu, alhamdulillah masa tu ok lagi takde orang pun yang lalu lalang...selesai ambil wudhuk, terus ke tempat solat, kebetulan memang takde jemaah perempuan..bila masuk je ruang solat ternampak cctv dan tanda amaran lagi (mm, pelik pula perasaan masa tu)...dan seperti kebiasaan ahmad harraz masa baby dulu me letak kat depan, same goes with ahmad haddad, biasa kat rumah letak kat tepi je, tapi memandangkan ne tempat public i used to be alert dengan kejahatan yang maha ridiculous...alhamdulillah so far my kids dah dibiasakan bila solat letak kat tepi, so definitely they not cry..namun, mungkin Allah nak menduga, di izinkan Allah seorang makcik yang tiba-tiba datang menegur ahmad haddad yang mulanya ok and happy nak tengok mamanya solat, terus my son menangis sebab tak kenal mungkin, so masa tu makcik tu tanyalah nama, nama panggilan dan umur ahmad haddad..mula-mula me layan jelah...tapi bila makcik tu asyik sebut, "oo, nanti boleh panggil haddad jelah nanti  ...ee, kenapa comel sangat ne, geram nak culik ne!" terus rasa tak sedap hati, sebab terfikir kenapa makcik ne cakap nanti boleh panggil haddad nanti!???macam lah jumpa lagi nanti??tapi i deny my bad feeling, makcik tu still at my side sambil memujuk ahmad haddad supaya stop nangis sambil berkali-kali meminta untuk pegang ahmad haddad...err, masa tu apa yang haku boleh buat??cakap kat makcik tu, dia nangis nak susu ne..lepas tu me susukan haddad dan he's ok after that, jeling-jeling tengok hujung mata makcik tu tengah solat...so letak ahmad haddad, terus solat..tak disangka-sangka makcik tadi datang menegur balik ahmad haddad masa me tengah solat...apalagi?anak haku terus menangis then makcik tu terus angkat my sons, mula-mula ok lagi pujuk kat depan mata, terus hilang haku punya khusyuk..lama-lama makcik tu jalan entah kemana, yang pasti dengar tangisan ahmad haddad semakin menjauh..dalam hati terus berdoa supaya anak dilindungiNYA...tapi haku tak nak disebabkan prasangka baik nya haku, i lost my son... big no!biar haku prasangka buruk masa ne, asalkan anak haku selamat...me cepat-cepat selesaikan solat...alhamdulillah, makcik tu duduk kat stor belakang tempat kain telekung disimpan..then kebetulan pulak my hubby dah siap solat dan tunggu dekat pintu keluar tempat solat tu...me terus ambil ahmad haddad, then makcik tu sekali lagi cakap "kuat nangis ne, kalau tak dah memang culik, comel sangat"...so how should i react with that words..-.-". pergi je  makcik tu my hubby tanya and i cerita details apa yang jadi...pastu my hubby said ''patutlah makcik tu tanya abang ne suami awak ke ayah si anak tu masa dia keluar tadi''...then i ask again"berapa lama dah awak kat pintu ne?"..en.azham cakap lamala jugak masa tu dia tengoklah makcik tu ambil ahmad haddad n perhatikan gelagat makcik tu semacam je...allahurabbi, Allah maha pelindung, kalaulah suamiku takde masa tu...tak tahulah nak fikir macam mana yang jadi...

so if u thinking i'm little bit perasan orang nak culik my son, eh!nak culik takkan bagitahu kot? pleasee u're wrong...kalau tak mana boleh jadi kes baby kat penang kena culik dan dijual dengan harga rm3000, diculik tika si neneknya tengah dok pangku baby tu lagi...hhaaa, jangan cakap tak tahu kes jenayah yang maha dasyat dan diluar kewajaran seorang manusia sekarang. disebabkan duit manusia hilang akal..so haku pun tak nak hilang akal jugak berprasangka baik sangat dalam hal ne, waspada tu perlu sebelum jadi apa-apa yang tak diingini..itulah pengalaman mencemaskan, please be alert ok parents out there zaman sekarang tak selamat...aman lah sangat katanya..nak mengandung beranak bukan senang like a wekk!!wekk!push!push!keluar anak, wahh comel anak kita! kita bertarung nyawa ok, so haku tak nak disebabkan bodohnya haku nak fikir baik-baik sangat pasal orang tak dikenali yang entah dari mana, .rambut sama hitam, hati lain-lain. Amanah Allah ne kena jaga didik sebaik mungkin. Whatever selepas kejadian tu haku fobia sekejap nak bawak anak ke masjid, so sekarang kalau pergi pun bergilir-gilir je pegang, dulu kononnya nak jimat masa dua-dua boleh solat at the same time....tapi sekarang for safety, biar lambat asal selamat..tipsnya bergilir-gilirlah jaga anak, jangan terlepas pandang walaupun sekejap...anak ne dia excited bila duduk dalam ruang yang luas dan lapang seperti masjid, mulalah berlari sana sini..be alert dengan pandangan dan niat jahat manusia, kita tak tahu, tapi kita doa moga kita sekeluarga sentiasa dalam perlindunganNYA..insyaallah, amin. Make sure anak tak ganggu jemaah lain, dan boleh tak boleh, nak larang, budak lagi kan, buat jugak bising..apapun, seronok ajar anak kenali tempat-tempat baru ne..they excited to explore..daaaaaaa

3.03.2014

Tips Tidurkan Anak Ikut Jadual

Awal-awal kahwin dulu, perasan sangat jiran sebelah kanan rumah asyik duduk bergelap bila malam tiba..jarang sekali tengok lampu rumah on. So mulalah otak ne sibuk nak fikir hal orang, eh apasal jiran haku duduk dalam gelap ne?nak jimat elektrik ke hape?anak2 tak apa ke duduk dalam gelap gitu?sibuk mak jemah (kenapa mak jemah?kesian nama mak jemah jugak disalahkan, huahua)ne nak pikir hal orang, hal sendiri tak terfikir..takdelah camtu, banyak sangat masa haku nak fikir hal orang ye, tak kuasa mak, baik buat hal sendiri...-.-". so after a years, i know why...with my experience!nak tahu kenapa?kenapa ye?

one of the big reason, nak tidurkan anak!yup!!nak tidurkan anak perlukan suasana cozy and minimum lights untuk mendorong anak-anak tidur..by the way first experience lahirkan ahmad harraz, my nights like a nightmare, tak boleh tidur, tak cukup tidur dan sewaktu dengannya disebabkan rutin tidur ahmad harraz caca merba, kadang-kadang malam tak tidur terus, siang hari tidur, kadang-kadang tidur malam tapi tengah pagi dia bangun, memang tunggang langgang rutin tidur anak sametelah dengan mamanya...tambahan selama dalam pantang ahmad harraz tidur dalam suasana lampu on, sebabnya takut semut, serangga kecil gigit baby kita tak nampaklah kalau tidur dalam gelap kan, bau baby sangat harum manis, tu sebab baby salah satu tarikan untuk serangga kecil turut sama suka mencium baby..selama 4 bulan rutin tidur ahmad harraz dalam suasana cerah gilang gemilang, bila dah balik rumah sendiri, kecoh kelam kabut semua bila anak tak nak tidur walaupun semua lampu dah on...so our alternative try tutup lampu pulak, malam pertama payah jugak anak nak lelap, tapi okei,malam kedua lebih awal ahmad harraz tidur and after a month, alhamdulillah, rutin tidur ahmad harraz dah teratur..8.30 malam-9malam dah tidur, pukul 7-8.30pagi bangun , dengan syarat lampu off, so he know that time to sleep... sangat rumit payah nak tetapkan rutin tidur anak setelah sekian lama rutin tidurnya tak tetap, tetapi dengan usaha dan tawakkal, alhamdulillah, now seem its really work.. ahmad harraz dah tahu rutin tidurnya dan menjadi habitnya sampai sekarang. siang juga tidur dua kali dalam sejam ke dua jam pun dah jadi habit, its a must, kalau tak memang dia buat perangai sebab tak cukup tidur...huu. alhamdulillah, ahmad harraz really happy toddler same goes with ahmad haddad, praises to Allah to ease my work..so after first experience, lahir ahmad haddad, terus tetapkan his bedtime routine like his big brother..

me and hubby sebolehnya berusaha untuk tidak mengganggu rutin tidur anak-anak pada waktu malam, thats why kitaorang jarang keluar malam melainkan ada perkara penting sahaja ...begitu juga walau berubah tempat, that routine must constant either pergi bercuti or balik kampung..for me, anak tidur pukul berapa not a big deal depends on parents how they want their kid's bedtime routine, the most important make sure they have enough sleep..tidur yang mencukupi buat anak-anak sangat penting, jangan pandang remeh...kalau tak kita juga yang susah bila anak meragam..kesimpulannya, i know why my neighbor stay in dark,heheee.....daaaaa