Pages

Pages

5.31.2012

Syrup & Baby Heartbeat Sound

This week terpaksa pergi check-up lagi..T_T, tak tahu macam mana nak control berat badan sendiri, walaupun rasa macam dah control makan (err, ye ke?) still jugak berat naik mendadak..Alhamdulillah, walaupun masalah sama setiap kali check-up, air gula tak pernah pulak kena suruh minum, risau jugak yelah masa ne semuanya berisiko..huhu, harap-harap kenaikan berat ne tak menjejaskan apa-apa hormon badan..mybe kena tambah rutin harian nak bagi berpeluh sakan..2 minggu lagi dah kena sesi cucuk-mencucuk untuk kancing gigi..okeis berdebar tetiba-_-".

Minggu lepas check-up dekat Klinik Desa, nurse cakap berat naik 5kilo, okei macam tak logik?terkejut sangat sebab memang dah tabiat before check-up weeks, dah timbang awal-awal sebab reminder for myself tak nak dengar nurse bebel..So, memang tak puas hati bila naik penimbang kat Klinik tu tetiba pulak naik berkilo-kilo lebih dari berat yang kita timbang awal-awal dalam tempoh dua hari lepas, rasa macam tak munasabah. Terus bagitahu nurse kat situ takkanlah dalam masa sehari dua naik berkilo lebih sebab kita sendiri dah timbang, then nurse tu tanya balik "awak timbang kat mana?kat sini penimbang dia lain, kat klinik kesihatan nanti penimbangnya lain, so kiraannya memang berbeza"...terus aku blurr, "abes nak refer yang mana satu ne?karang saya pergi klinik sana berat berkurang/bertambah, mana satu nak tahu yang mana betul tak betul?"...boleh plak nurse tu bebel "saya pun tak tahu, kenapa penimbang klinik desa ngan klinik kesihatan berbeza"..tak menjawab persoalan, terus dia suruh baring dan sapu gel kat perut..-_-"

Ingatkan nurse nak amik ukuran ke apa, rupanya hari tu buat nurse check baby heartbeat guna sound detector for the first time ok.. Mula-mula ingatkan bunyi kipas punyalah kuat, bila nurse cakap "Ni bunyi dengupan jantung anak awak, normal 140"  terus rasa nak jerit kat nurse "really??" sebak ok, owhh, baby mama tak sabar nak tengok awak. Lepas setel terus bagitahu en.azham pasal baby junior sampai suami pun rasa rugi tak masuk teman, maklumlah teruja kalau bab-bab detect tengok/dengar aktiviti baby junior ne..hehe..

p/s: senyum..

5.28.2012

Kencing Kotor dan Kencing Lawas

Salah satu masalah ibu mengandung adalah kencing kotor...asal kurang sikit kandungan air dalam badan, tak pasal-pasal dapat kencing kotor..-_-". Alhamdulillah baru 2kali terkena kencing kotor, kira okeilah dua kali kena kan dari berkali-kali? Bahaya kencing kencing kotor neh sampai boleh menjejaskan baby dalam kandungan. So kalau siapa yang hamil, tapi rasa sakit dan seksa masa nak kencing tu atau kencing sikit-sikit, awal-awal lah pergi check-up. Jangan buat tangguh mende macam ne. Salah satu cara nak mengatasi kencing kotor ne, doktor akan suggest minum air masak banyak-banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..kalau dah tahap teruk maybe doktor bagi antibiotik kot.. setakat ne dah beringat dah. 

Bayam/sireh/lobak putih termasuk salah satu sayuran yang membantu melawaskan pembuangan urin. Tu pengalaman sendirilah, selainkan membantu meningkat hb darah..Lagi satu ibu mengandung neh jangan menahan-nahan masa nak rasa nak kencing tu, maybe ada betulnya menahan kencing salah satu senaman menguatkan otot-otot pelvis dan mengetatkan vagina, tapi masa mengandung ne bukan masa yang baik untuk mengamalkan semua tu. Err, lagi satu kafein cuba elak ye..terasa sendiri!!ohh-_-". Air dari daun parsli jugak membantu melawaskan kencing. Pointnya banyakkan minum air okei. 

p/s: Sakit ulu hati

5.22.2012

Shopping di EXPO baby

huu...bersenyap-senyapan sambil mengigit-gigit jari menahan sabar..boleh tak, for a week ne asyik menggoogle pasal info untuk tips shopping barang-barang baby especially kat Expo. Memandangkan 1-3 Jun neh ada KidsExpo di PWTC, for sure tak nak lepaskan peluang. Wahh, memang teruja lebih tengok orang post shopping barang-barang baby ne, cuma tuan menaip je tak merasa lagi keterujaan memborong barang kiut miut..tak sabar hokei.. First time kan, biasalah, muahahaa...memandangkan kitaorang ne spesis tak suka bersesak-sesak, terfikir jugak berbaloi ke tidak nak shopping kat tempat yang penuh padat macam tu nanti??ke baik shopping kat jusco je time Sale?huhuu, memandangkan tak sempat lagi buat survey harga barang-barang baby for normal price takut jatuh ke rugi plak shopping kat expo, wajibla ada jugak yang price tak berbaloikan..yang penting list kena dah get ready siap-siapla..err, duit pun satu, kat tempat macam tu confirm hawa nafsu tergedik-gedik nak membeli. 
Ini pun still dalam dilema nak menerjah Expo ke tak ne. Ingatkan sempatla menerjah Manjaku Baby untuk survey harga..tapi masa tak mengizinkan, terlalu banyak urusan unexpected terpaksa diselesaikan. Ramai jugak yang kata Manjaku Baby ne murah dan berbaloi..adess pening mak, last-last kena cancel part shopping barang baby pasal dah pening lalat nak fikir pasal nak berjimat bila shopping...hehe, tak pernah plak rasa sesadis ne bila nak bershopping, biasa main taram jek rembat yang berkenan. Tapi sekarang memang kena berkira lebihla pasal banyak lagi mende penting nak dimiliki kan. Kalau ikutkan bulan 7 baru nak shopping, tapi memandangkan masa tu bulan Ramadhan, takut mak buyung neh banyak songeh kalau letih berjalan, tambah-tambah puasa lagi, maka kitaorang decide bulan 6 dah boleh start shopping. Bulan 7 setting bilik untuk baby stuff. Plan je baru, entah jadi ke tidak..hehe. So sekarang kena banyak google tips dari bloggers mommy yg dah berpengalaman bershopping sakan. owhh, i need more tips supaya tak terbabas tika shopping dan tak membazir if terbeli barang-barang yang tak diguna. 

p/s: mode:can't wait-__-"

5.17.2012

Minggu Sendu, Sensitif Sampai ke Bintang

Superlong rest after berkampung selama seminggu di tempat lahir. Ingatkan just spend for weekends je kat kampung, tapi alhamdulillah tanpa disangka ia berlanjutan sampai cukup seminggu sungguh berhikmah. Memang puas hatilah pasal dapat khatam semua makan apa yang dingidamkan sepanjang berada dikampung..hehe, buruk perangai makan je tau!! Kalau nak disenaraikan makanan yang mengidamkan memang panjanglah senarai..wuhuu-_-", tu pasal risau gelabah memanjang takut berat overweight lagi, tak mampu nak hadap nurse 2 kali sebulan untuk check-up.... Memandangkan awal2 lagi buat autopublish for previous entries...makanya terasa lama pulak tak mengadap blog sendiri, huhu.. 

Sedih pulak sehari dua, dah dua hari berturut-turut membazir air mata. Menangis takde motif satu, menangis tengok citer hindustan semalam. Entah hape kena perasaan neh sensitif sangatT_T. Kalau menangis bersungguh-sungguh jugak kat sejadah yelah jugak kan -_-"  Kadang-kadang suami tak buat apa-apa salah pun, boleh jugak terasa. Lastnya suami jugak jadik mangsa air mata. Sampai kan setiap kali nak tidur kena renung wajah suami, takut itu renungan kasih terakhir buat suami. Actually waktu terbaik untuk melihat ketulusan seorang suami bersusah payah demi isteri dan keluarga terlihat ketika tidur. Penatnya, lelahnya dalam mencari rezeki terserlah ketika tidur (okei, mulalah nak meleleh-leleh air mata ne terkenangkan susah payah ayah kita jugak)T_T. Renung suami pun dapat pahala, alang-alang renung tu, biar doa pun turut mengiringi buat suami isteri kan. Feeling masa tenung wajah orang yang kita sayang ne lain macam sikit..tak tahu nak describe macam mana..Kena buat baru tahu kot..memang takleh renung lama-lama, pasti nak bergenang-genang air mata (ke aku je yang macam tu?over sensitif, hihi). Apapun kasih buat suami makin bertambah-tambah.hehe..


Pastu kan bertambah sendu, bila baru terbaca tentang kemalangan yang melibatkan suami isteri kat LPT tu, sampai tak lena tidur. Sedih mengenangkan baby kecik yang kehilangan ibu bapa sedangkan diri masih suci tak tahu apa-apaT_T.  Sesungguhnya ajal maut ditangan Allah tidak sedikit pun cepat atau lambat bila tiba masanya untuk mengadap Ilahi. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali. Al-fatihah buat arwah. 
pic source: armstrongismlibrary
Eh, lagu biar sampai ke bintang tu memang mendayu-dayu betul, best pulak dengar lelama...memang minggu sendu betul, kesian anak dalam perut ne. huhu...chill my dear, jangan ikut pe'el mama ye. Ohh, dah tak lama nak masuk Rejab dah, sekejapnya masa.

p/s: =))

5.13.2012

Belanja Semakin Bercabang-cabang

Terkedu betul bila shopping barang-barang moms M2B neh, tak shopping lagi untuk baby...adess, makin luas cabang belanja..so nak tak nak memang dah kena target betul-betul bila ada warehouse sale for baby, boleh berjimat sikit..yang penting checklist for baby kena get ready awal-awallah, sempat jugak en.azham tengok list untuk diaudit (biasa ahh, M2B semua barang bantai masuk list nak beli..kihkih) untuk finance budget , tu pun tak sampai 15 minit...dah goyang-goyang kaki pasal takde secretary nak explain most of list..-_-'. Sudahnya off topik keluar pegi shopping barang maknya pulak. So nak bukak balik topik checklist barang baby neh tunggu  time nak shopping pulaklah, baru kelam kabut nak audit checklist-_-'.Maybe masuk bulan ke-7 kot baru boleh sibuk nak men'shopping', sebab part buat saving pun kena bersungguh jugak..hee. Teringin sangat nak  pergi Baby expo,huuu-_-'

Bila perut makin memboyot neh, segala baju-baju suami tegur seksilah, ketatlah, tak okeilah...so nak tak nak terpaksa jugak cari new wear yang lebih selesa dimata suami..yang keluar duit, tentulah orang yang bertanggungjawab buat boyot ne-_-' ..kebertanggungjawaban suami kadang-kadang buat kita tersentuh hati bila melipat baju tengok baju-baju suami tak bertukar pun dari tahun-tahun lepas (lap-lap air mata)...sibuk nak tukar yang isteri pakai sampai tak kisah pun pasal diri sendiriT_T (haku part gini-gini tangkap leleh sikit..hehuuu). Itu yang serba salah nak menterjah shopping mall, rambang mata..hehe, tapi dah boleh control keinginan yang bukan-bukan, nak jadi golongan mak-mak kan, kalau diri sendiri tak terkawal, camne nak kawal anak nanti...hehe. So bila saja-saja gatal kaki cuci mata kat bahagian budak kecik neh, terasa macam tak percaya pun ada, sebab yelah mood tengah awal-awal kahwin lagi, dah kena menterjah fasa lain...hehe=)), apapun bersyukur at least Allah bagi peluang untuk rasa apa yang mak-mak kita lalui...tambah pulak part regang, meregang, teregang dan mencegangkanT_T. Hope sangat mende tu semua berkurang (hilang terus lagi seronok) lepas bersalin nanti... Even thought rasa sedih sangat bila tengok part yang berubah dekat badan sendiri, sekurang-kurangnya Allah kurniakan kesihatan yang baik, dan yang penting demi my cute lil' bun lam tummy i'll do everything for you, dah tak nak peduli dah kulit buruk ke(err ye ke?hehe), naik sini sana ke, asal anak dalam kandungan sihat dan selamat dilahirkan, aminn^_^...Alhamdulillah. Grow up my lil'bun, semoga Allah sentiasa memelihara anak mama sepanjang kamu dalam kandungan mama yang comel ne..hihi=p.

5.06.2012

Lelaki atau Perempuan?

Dah masuk bulan ke lima ada sedikit keterujaan nak tahu jantina anak. So bersabar jelah, nak scan banyak banyak kali sayang duit...muahaaha=p, so berdoa jelah yang penting baby junior sihat walafiat hendaknya dalam rahim mama ne, lelaki atau perempuan tak kisah yang penting anugerah dan amanah Allah kena berusaha jaga dengan baik...Walaupun both of us (saya dan en.azhamlah) instinct kuat menyatakan jantina baby junior semacam betul, so just let be surprise..hehe>.<". Ada jugak terbaca tips nak tahu jantina anak macam mane. Tapi ikut pengalaman sendiri setakat ne macam-macam jugak so tak tahulah yang mana satu jantinanya.


Sekarang semacam ada kupu-kupu dalam perut, alhamdulillah seawal bulan ke-4 lagi dah boleh rasa ada yang menyepak dan menendang (i guess) kat dalam perut especially bila kita makan petai ngan budu...muahehe, mungkin tak suka, but like en.azham said ''junior should learn how to be kelantanese, kena belajar-belajarlah!!" ajaran apakah..cian anak mama-.-'..sound like serious from Abi... haha=p. Apapun, masuk 20weeks above baru boleh fikir nak scan balik for last time, for that one, kena remind husband nak print gambar ultrasound..walaupun hampir setengah jam dok tengok anak bermain-main dalam plasenta kalau tak print memang rugi jelah pegi scan..hehe, harap tak jadi camtu lagi...buang duit je-_-". memang cheapskate skang, takde dah tang shopaholic tu, pikir saving untuk anaklah pulak...huhuuu...


p/s: alhamdulillah=))

5.03.2012

Tempoh Getir Seorang Suami

Orang kata tempoh getir seorang suami masa akad nikah, sejuk urat tangan genggam tangan tok kadi.. tapi jangan disangka lafaz akad nikah hanya sebahagian ujian je, paling lama sejam dua je bagi yang bergemuruh lebih, kena simbah sebaldi air kompem Sah!hehe=p. Ujian getir seorang suami adalah ketika isterinya disahkan hamil hasil usahama bersama, inilah ujian sebenar yang memakan masa 9bulan 10 hari lamanya, kalau yang terlebih-lebih getir bila mana menunggu isteri habis pantang...suami kena berpantang jugak-.-'.Kesian insan bernama suami. Really great time untuk menduga kesabaran dan keimanan seorang lelaki bergelar suami...cehhcehh!!hehe..

Orang mengandung neh banyak karenah masa awal kehamilan tambah pulak yang sulung. Yang serba tak kena, yang pelik lagi aneh, yang tak pernah buat nak buat...memang banyak ragam yang ada ketikanya buat suami makan hati...makan hati ayam ok lagi, makan hati sendiri??!!Mungkin ada suami yang menitik airmata tak tahan dugaan dengan perangai bini masa neh..terkesot hati bila bini cakap benci, terluka jiwa raga dikatakan busuk dan hangitnya bau jebak (peluh jantan) dan bermacam lagi kata menusuk hati. Tergamaknya si isteri menuturkan kata sebegitu sadis sedangkan itulah yang dipeluk macam bantal golek lepas kahwin. ishh!isshh! nasiblah haku 'isteri solehah'..tak buat macam tu...kahkah!! Kadang-kadang mak buyung ne, dia lain macam sikit perangai masa neh, sebelum ne boleh je tidur peluk-peluk, tapi sekarang dah tak boleh, panas katanya, semua bantal dia bantai sampai laki tidur berbantalkan lengan..isteri pulak kiri kanan atas bawah penuh bantal keliling!Pendek kata katil tu ana sorang yang punya..Lagi ok dari kena tidur kat sofa kan?biarkan mak buyung itu!..

Ujian suami  bertambah lagi dengan mabuk si isteri, wekk sana, weekk sini, wekkk malam, weekk siang, tak kira tempat ngan masa tak pasal-pasal suami pun wekkk sekali, loya tengok bini ber wekk weekk..adeii, bertuah en.azham haku takde alahan, mengada je lebih...haha=p. So nak hilangkan loya terpaksa lah makan mende masam-masam, jeruk kelubilah, asam boilah. Nak makan boleh, tapi lebih-lebih tak elok pulak untuk anak. Sepanjang tempoh sekali jelah makan jeruk mempelam, sebab memang kureengg dengan jeruk-jeruk ne, tapi terasa nak makan, part terasa yang nak makan tu yang banyak, nak makan yang macam-macam sampai overweight pastu salahkan suami, baik punya parking nak salahkan orang, stress suami!Kang tak dipenuhi merajuklah, apa lah kan..okei memang mengada-.-'. Memang ada yang nak kena pelempang!.
pic source: hipsandhighheels.com
Paling tak tahan, bab emosi...alah, perempuan..biasalah sikit-sikit emosi, sikit-sikit sensitif!Mende tak logik nak sensitif pun dia jadikkan sensitif jugak-.-". Suami bergurau sikit tak nak urut pinggang menitik air mata, suami cakap makanan yang dikirim takde, menitik air mata. Macam-macamlah kan. Macam en.azham sendiri pun dah alami macam mana emosinya nak memujuk mak buyung yang sensitif ...hehe, even tak kerap tapi adalah sekali dua datang perasaan sensitif tu. Nak buat camno, perasaan tu datang tanpa diduga..itulah orang kata pentingnya suami disisi lebih-lebih lagi ketika hamil..

So far, saya ngan en.azham dalam fasa stabil mengharungi ujian tika ne. Alhamdulillah disebabkan takde alahan, boleh masuk dapur macam biasa. Cuma masa awal-awal je tak selera nak makan masakan sendiri, kena beli kat luar, tapi sekarang dah terlebih rajin masak..suka masak, untung en.azham!jimat duit poket..Paling jelas suka sangat tengok rancangan masak-masak, dan perubahan ketara adalah malas nak mengemas rumah. That's not me!Saya memang tak boleh tengok rumah bersepah, tapi sekarang memang ikut mood, nak melipat kain ada time rajin dia, nak mengelap dapur ikut mood rajin..kalau masa rajin tu tak payah cakaplah, ngan bontot-bontot periuk kuali berkilat kena sental..Okeilah kan dari malas secara berterusan-.-'. So buat para suami, bersabarlah dalam melayani karenah isteri, ini bukan acah-acah nak mendera suami, hanya mahukan keprihatinan dalam menjaga kita je. Kata lagi nak hidup susah senang bersama. Tapi kalau dah yang bukan-bukan diminta tu, buat tak tahu jelah. Semoga kita sama-sama lulus ujian ne ye. Insyaallah...amin^_^

p/s: panjang pulak mengarang...tak sedar...hihi..lain orang lain pengalaman kan