Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah dengan usia yang makin bertambah-.-. Bulan april lepas adalah special month untuk saya dan en.azham sebab celebrate besday dalam bulan yang sama beza 4 hari je tarikhnya. ehhee, lambat update, malas!Memang jimatlah kan, sebab dalam bulan yang sama tak payah susah nak beli kek berkali-kali...so memang kitaorang potong kek yang sama, sebab tak habis..bezanya hari memotong kek jek, hehe (bukan nak cheapskate lah kan) sekarang neh, tengah mengurangkan makanan manis-manis untuk mengurangkan kebarangkalian kenaikan berat badan yang melebihi kadar sepatutnya...dah dua kali kena bebel dek nurse, sekali sebab kencing kotor, second pulak berat naik terlebih-lebih..hheeehuu (so part kena bebel kat nurse tu yang tak best pasal sedap lagi dengar bebelan mak kita kan..hhuuhuu, miss her-.-).
p/s: B-day penulis 19 April (diet)
Disebabkan awal mei neh nak balik berkampung, mulalah sesi nak menghabiskan lauk yang dah lama terperuk kat freezer..tambah lagi sekarang memang tak makan nasi for dinner. Belajar gantikan menu yang lebih ringan berbanding nasi..Nasiblah en.azham jenis on je kita masak pe, so sepanjang kahwin ne kitaorang banyak makan kat rumah je, masak sendiri untuk lebih jimat dan menambah kasih sayang dengan air tangan isteri. Kadang-kadang jelah keluar makan sebab nak tukar selera. Even untuk birthday dah belajar sambut sederhana je..macamlah sebelum neh sambut bermewah-mewah kan?kahkah...Apapun tak kisahlah how we celebrate it, yang penting sentiasa berdoa Allah permudahkan segala urusan rumahtangga kami dan berkati rumahtangga kami ke jalan yang diredhai-NYA...amin=))
p/s: B-day suami 23 April (habiskan stok ikan)hehe..
p/s: B-day suami 23 April (habiskan stok ikan)hehe..