eheh, tatau lah nape, even sume benda masih tak completed
rasa bahagia semacam. wakaka;p
hati kenalah selalu bahagia, barulah awet muda
da planning siap2 mana nak pegi mana ujung minggu ne
nak rest minda dari keserabutan
alam semulajadi banyak membantukan??
thats why i likeeee green..haha;p
ada cite katun menarik tak kat panggung skang???
dah lama actually tak tengok TV...huhu
seb bek jalur lebar masih ada, takdela ketinggalan
bulan ne cukup tak tengok tv berbulan-bulan lama
tadi layan youtube pasal rosmah... Fisrt lady kan
wajiblah kena amik tahu perkembangan semasa...haha
takooott...apa pun kebahagiaan hati tidak terletak kepada
kuasa, duit, dan segala mala yang tidak perlu
kebahagiaan hati sempurna dengan kasih sayang yang tulus ikhlas
betul tak??insyaallah, jika kita kaya dengan kasih sayang kekayaan
lain akan turut serta dalam memeriahkan hidup kita....
saya sertakan kisah sikit, bukan apa untuk peringatan buat diri tentu,kadang2 kita mudah lupakan??..hehe
seorang isteri tinggal keseorangan dirumah, sementara suami dan anak nya pergi bekerja dikebun berdekatan
sedang dia sibuk meneyediakan lunch meal, datang 3orang yang begitu tua memberi salam
setelah menjawab salam, dia berkata "maaf, saya tidak dapat menjemput masuk kerana, suami saya tiada dirumah, tapi sudikah tuan-tuan duduk dihalaman sementara suami saya pulang?"
salah seorang dari mereka menjawab ''tidak mengapa, kami tunggu diluar". Sejurus kemudian, suaminya pulang dan bersalaman dengan mereka memperkenalkan diri.
orang tua 1 "saya kekayaan"
orang tua 2 "saya kejayaan"
orang tua 3 "saya kasih sayang"
namun mereka meletakkan syarat, hanya salah seorang dari mereka sahaja yang boleh masuk kedalam rumah
suami isteri itu menjadi serba salah, isterinya mencadangkan kekayaan masuk supaya mereka dikurniakan kekayaan, manakala suami pula lebih suka menjemput kejayaan masuk sebab tanpa kejayaan, kekayaan tidak dapat dicapai. Namun anak mereka mencelah, katanya "emak dan ayah, saya rasa kita jemput kasih sayang masuk, saya sudah cukup bahagia melihat kasih sayang antara kita sekeluarga walaupun hidup kita sederhana". maka suami isteri tersebut setuju dengan anak mereka.
si suami tersebut menjemput pak cik ke-3 masuk serta meminta maaf kepada mereka yang lain. sejurus itu, ketiga-tiga pak cik tersebut masuk, lalu hairanlah mereka sekeluarga..
pak cik itu memberitahu, "sudah menjadi prinsip kami mendampingi kasih sayang, sekiranya kamu menjemput kasih sayang bermakna, kamu menjemput kekayaan dan kejayaan"
kisah ne ada lam solusi isu 24
Note : terpaksa khatam notes 16 chapter sekaligus..wuuwuu(T_T)